Posts

BN Sedia Kerjasama Dengan PAS Jika Pengundi Cina Pilih Pakatan

Image
Sekiranya Barisan Nasional (BN) terus ditolak oleh pengundi Cina tidak mustahil untuk BN yang diterajui oleh UMNO untuk bekerjasama dengan Pas, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman. Dalam satu temubual bersama MalaysiaGazette, Zainal Abidin berkata perkara itu tidak mustahil dilakukan BN sekiranya parti komponen BN antaranya MCA dan Gerakan terus gagal mendapat kepercayaan masyarakat Tionghoa di negara ini. “Tidak mustahil kalau masyarakat Cina buang BN, dan buang BN daripada kamus hidup mereka, undi kepada BN tidak sampai 4 peratus. “Mungkin UMNO kena kerjasama dengan Pas pada PRU14 dan menang 120 kerusi dan Pas 30 kerusi. Mungkin Pas akan jadi rakan kerjasama kerajaan untuk buat status dua pertiga,” katanya. Ujarnya lagi, sekiranya UMNO dan Pas bekerjasama membentuk kerajaan, ia merupakan menjurus kepada pelaksanaan dasar-dasar Pas-UMNO yang akan memberikan kerugian besar kepada masyarakat Cina. “Kalau orang Cina nak negara dip...

Khalid, Azmin tidak cukup syarat jadi menteri besar berkualiti - Bekas MB Selangor

Image
SHAH ALAM:  Tan Sri Khalid Ibrahim dan Datuk Seri Azmin Ali tidak cukup syarat untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang berkualiti, kata Yang Di-Pertua Mubarak Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar. Ujarnya yang juga bekas Menteri Besar Selangor, seseorang yang memegang jawatan nombor satu dalam negeri itu harus memiliki kemahiran berpolitik dan berkoprat dalam satu masa. Khalid ujarnya mahir berkoprat tetapi tidak pandai berpolitik, begitu juga Azmin yang licik berpolitik namun cetek ilmu dalam bidang koprat. "Seorang mahir koprat (Khalid), seorang lagi ahli politik (Azmin). Tan Sri Khalid memang amat fasih dan mementingkan aspek koprat, ekonomi dan perniagaan. "Manakala Azmin pula fokus pada berpolitik. Jadi kedua-duanya tidak boleh pakai. Sepatutnya untuk jadi menteri besar mesti ada kebolehan dari segi politik mahupun koprat. Paling penting berkhidmat untuk rakyat," ujarnya. Khalid sewaktu mentadbir Selangor selalu mendapat pujian kerana berjaya mengumpul r...

Tony Fernandes Sokong Juruterbang Minta Berdoa....Orang Bukan Islam Lagi Faham Daripada Zaid?

Image
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes menyokong penuh tindakan seorang juruterbang AirAsia X yang meminta penumpang pesawat penerbangan Perth-Kuala Lumpur, Ahad lalu yang mengalami masalah teknikal supaya berdoa. Menulis di Facebook, beliau berkata dirinya cukup berbangga dengan tindakan semua anak kapal penerbangan itu yang diketuai oleh Kapten Ibrahim. “Mereka menjalankan tugas begitu hebatdengan membawa semua anak kapal dan penumpang mendarat dengan selamat. “AirAsia tidak membuat enjin dan semua syarikat penerbangan akan berdepan kegagalan enjin. Tetapi apabila ini berlaku, ia memerlukan juruterbang yang hebat dan kepimpinan yang hebat semasa krisis. “Saya begitu bangga. Menerusi video, semua penumpang kelihatan tenang dan daripada banyak kiriman e-mel dan WhatsApp yang saya terima, pengumuman kapten membuat semua orang tenang,” katanya. Menurut Tony, jika AirAsia adalah syarikat perkhidmatan penuh, juruterbang itu akan dijulang sebagai...

KRONI SUDAH JATUH, MAHATHIR!

Image
Sepanjang 22 Tahun, dari 1981-2003 Malaysia diperintah oleh seorang PM yang dikatakan hebat, bersuara menegah pemimpin luar, memodenkan Negara Malaysia kearah kemajuan dan macam-macam pujian lagi. Tetapi apa yang ramai tak tahu, pemerintahannya berlandaskan kuku besi, menghalang hak bersuara dan menapis sumber-sumber luar dan mengawal media. Amat ramai pemimpin pembangkang dimasukkan ke dalam ISA tanpa bicara dan tiada keadilan. Terbaru, kes skandal Forex negara, Perwaja lingkup, MEC Gambang lingkup, banyak syarikat pada zaman pemerintahannya sama ada terhenti ataupun habis lingkup dan kebanyakan negara menganggap mungkin ekonomi tidak bail atau masalah syarikat itu sendiri. Tapi hakikatnya, syarikat lingkup kerana tindakannya menyalurkan wang melalui "pintu belakang" ke anak-beranaknya secara atas angin serta memberikan wang khas untuk kemajuan kroni-kroni mereka sahaja. Akibatnya Rakyat terpaksa menanggung beban dengan gaji yang sedikit dan kurang berkemampuan semaki...

1MDB: DoJ perlu ikut SOP, kata Aidit

Image
SHAH ALAM: Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat perlu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang betul bersabit tindakan mereka yang mengemukakan saman sivil terbaru untuk merampas tambahan aset AS$540 juta yang didakwa diperoleh dengan dana diseleweng dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Menurut penganalisis politik, Datuk Aidit Ghazali, tindakan DoJ itu yang tidak melalui pihak berkuasa Malaysia menimbulkan keraguan kerana asas kepada siasatan mereka boleh dipertikaikan. "Sebagai contoh kita hendak buat siasatan tentang sesuatu subjek maka selain daripada kita dapat daripada pihak luar tentang subjek itu kita sendiri kena bertanya kepada subjek itu, kita kena bertanya dengan badan-badan berkenaan subjek itu. "Jadi dalam hal ini saya lihat DOJ tidak berhubung di pihak berkuasa di Malaysia, justeru timbul kemusykilan didalam fikiran saya, mereka dapat asas daripada mana bila hendak membuat siasatan," katanya ketika dihubungi oleh pihak Antarapos. P...

TOLAK JAWATAN PM TANDA KARIER POLITIK ANWAR IBRAHIM BERAKHIR?

Image
Langkah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penolakan calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang pada Pilihan Raua Umum 14 (PRU14) disifatkan pengakhiran kepada karier politik bekas timbalan perdana menteri itu. Menurut penganalisis politik Edwin Michael Muniandy, tiada kesepakatan dalam isu ini mencerminkan kelemahan gabungan pembangkang dalam mengutamakan prinsip perjuangan mereka. “Calon yang selama ini mereka angkat sebagai calon Perdana Menteri pula pun telah mengundurkan diri. Jadi itu satu indikator betapa lemahnya kumpulan pembangkang ini sehinggakan mereka tidak boleh mencapai kesepakatan dalam isu itu. Siapa calon Perdana Menteri. “Sebaik Anwar kata beliau tidak berminat lagi untuk jadi Perdana Menteri bermakna orang kata sudah tewas, sudah terkubur perjuangan politik Anwar Ibrahim. Karier politik beliau,” lapor sebuah portal hari ini. Mengulas lanjut, kesudian bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk dicalonkan sebagai...

Polis Berkas Tujuh Suspek Kes Serang Pemuda Hingga Maut

Image
Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi mengesahkan tujuh suspek dalam kejadian menyerang seorang pemuda di Kampung Pengkalan Nyireh di sini hingga maut Rabu lalu berjaya diberkas. Beliau berkata lima suspek ditangkap pada malam kejadian manakala dua lagi ditahan semalam di rumah masing-masing di kampung Raja dan Kuala Besut. Semua mereka dipercayai kenalan mangsa. “Sehingga ini polis sedang memburu sekurang-kurangnya lapan lagi suspek dan mereka dijangka akan ditangkap tidak lama lagi kerana identiti dan alamat mereka telah dikenalpasti,” katanya kepada media ketika menghadiri Majis Rumah Terbuka Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Jabi, Mohd Iskandar Jaafar hari ini. Dalam kejadian pada 21 Jun lepas, mangsa Nik Mohamad Shahrulanuar Nek Der, 22, meninggal dunia di tempat kejadian selepas dipercayai diserang kira-kira 15 lelaki ekoran perselisihan faham. Tambah Mohd Zamri, sehingga kini pihaknya masih belum menemui senjata tajam yang digunakan dalam keja...