Khalid, Azmin tidak cukup syarat jadi menteri besar berkualiti - Bekas MB Selangor

SHAH ALAM:  Tan Sri Khalid Ibrahim dan Datuk Seri Azmin Ali tidak cukup syarat untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang berkualiti, kata Yang Di-Pertua Mubarak Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar.

Ujarnya yang juga bekas Menteri Besar Selangor, seseorang yang memegang jawatan nombor satu dalam negeri itu harus memiliki kemahiran berpolitik dan berkoprat dalam satu masa.

Khalid ujarnya mahir berkoprat tetapi tidak pandai berpolitik, begitu juga Azmin yang licik berpolitik namun cetek ilmu dalam bidang koprat.

"Seorang mahir koprat (Khalid), seorang lagi ahli politik (Azmin). Tan Sri Khalid memang amat fasih dan mementingkan aspek koprat, ekonomi dan perniagaan.

"Manakala Azmin pula fokus pada berpolitik. Jadi kedua-duanya tidak boleh pakai. Sepatutnya untuk jadi menteri besar mesti ada kebolehan dari segi politik mahupun koprat. Paling penting berkhidmat untuk rakyat," ujarnya.

Khalid sewaktu mentadbir Selangor selalu mendapat pujian kerana berjaya mengumpul rezab negeri hampir RM4 bilion.

Namun ketegasan serta keengganannya menyumbang dana selain kerap kali membelakangkan kepimpinan parti dalam membuat keputusan, menumbilkan rasa tidak senang PKR terhadapnya.

Natijahnya, Khalid digulingkan partinya sendiri daripada kerusi panas itu menerusi Langkah Kajang.

Kekosongan kerusinya diisi Azmin yang diketahui umum amat licik dalam mengatur gerak politik.

"Menteri besar sekarang lebih kepada politiking. Bukan politikng didalam partinya sendiri, tapi di antara parti-parti dalam Pakatan harapan.

"Banyak perkara yang melibatkan rakyat tertinggal, ada yang menyebut demontrasi sana sini, berkaitan perumahan, kebersihan, keadaan yang berlaku di kalangan PBT.

"Boleh jadi Azmin, pemimpin parti yang boleh dibanggakan tapi sebagai pemimpin kerajaan dia tidaklah (hebat) sepertimana bekas-bekas menteri besar yang dahulu," ujarnya lagi.

Pun begitu, lebih dua tahun menjadi menteri besar, Azmin berjaya membuktikan pendapatan Selangor tetap yang tertinggi dalam negara, malah rezab negeri juga semakin meningkat, tidak kurang hebatnya dengan zaman pemerintahan Khalid.

Namun Ahli Parlimen Gombak itu perlu lebih bekerja keras berikutan makin kedengaran suara tidak berpuas hati dengan kepimpinannya, terutama di kalangan masyarakat minskin bandar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana