KRONI SUDAH JATUH, MAHATHIR!

Sepanjang 22 Tahun, dari 1981-2003 Malaysia diperintah oleh seorang PM yang dikatakan hebat, bersuara menegah pemimpin luar, memodenkan Negara Malaysia kearah kemajuan dan macam-macam pujian lagi.

Tetapi apa yang ramai tak tahu, pemerintahannya berlandaskan kuku besi, menghalang hak bersuara dan menapis sumber-sumber luar dan mengawal media. Amat ramai pemimpin pembangkang dimasukkan ke dalam ISA tanpa bicara dan tiada keadilan.

Terbaru, kes skandal Forex negara, Perwaja lingkup, MEC Gambang lingkup, banyak syarikat pada zaman pemerintahannya sama ada terhenti ataupun habis lingkup dan kebanyakan negara menganggap mungkin ekonomi tidak bail atau masalah syarikat itu sendiri. Tapi hakikatnya, syarikat lingkup kerana tindakannya menyalurkan wang melalui "pintu belakang" ke anak-beranaknya secara atas angin serta memberikan wang khas untuk kemajuan kroni-kroni mereka sahaja. Akibatnya Rakyat terpaksa menanggung beban dengan gaji yang sedikit dan kurang berkemampuan semakin tinggi. Negara Malaysia berubah menjadi Kapitalisme dalam pemerintahan 22 tahunnya.

Kini, pemerintahan DS Najib, beliau serta merta menghapuskan tradisi 22 tahun itu setelah Tun Abdullah mula meretakkan tradisi itu sebelum beliau bersara. Dengan pengenalan 1 Malahsia dan pembukaan kedai dan jual produk barangan 1 Malaysia, menu 1 Malaysia dan rancangan rumah rakyat secara besar-besaran yang dikenali sebagai Pr1ma dan bantuan rakyat BR1M mengubah 100% tradisi lama iaitu "anak dan kroni kaya dulu, rakyat kemudian.

Perubahan banyak DS Najib lakukan ialah dengan membayar konsesi Tol supaya harga tol tidak naik. Perubahan sistem pengangkutan seperti MRT dan BRT untuk kemudahan rakyat. Perluasan stesen KTM, Star dan Putra LRT memudahkan rakyat pergi kerja dengan mudah. Menggabungkan kesemua stesen kereta api yang lain dan rebranding Prasarana yang dikawal sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia. Pembelian PLUS dan Prasarana dianggarkan kroni rugi beratus juta ringgit. Ini yang menyakitkan hati Mahathir dan kroni-kroni dan anak beranaknya.

Penubuhan KLIA 2 dan penukaran stesen bas TBS dari Puduraya menjadi turning point untuk mencapai matlamat negara maju mula terlaksana. Penubuhan pusat bandar pelaburan luar pertama di Malaysia yang dikenali sebagai TRX dijangka siap pada tahun depan akan menarik lebih ramai pelabur asing dunia untuk melabur di Malaysia. DS Najib melihat masalah pengurangan dan kes sorok barang keperluan amat menyusahkan rakyat jadi beliau perkenalkan GST di mana peniaga yang suka menipu terpaksa membayarnya. Masa zaman 22 tahun tuh, berlaku banyak penyelewengan barang keperluan dan sorok gula dan nasi mengakibatkan harga naik. Jadi berlaku rasuah berleluasa pada ketika itu. Dengan perlaksanaan GST, masalah itu dihapuskan sama sekali. Keuntungan kroni mendapat hasil dari penipuan itu sekali lagi disekat oleh DS Najib membuatkan kroni dan anak beranak 22 Tahun bengang dengan DS Najib.

Tahun ini dengan pengenalan My TV menggantikan ASTRO, penyebaran sistem internet dibiayai 100% oleh kerajaan menggugat status supplier media yang selama ini diberi oleh YTL sendiri. Pengenalan MYTV tanpa bayaran bulanan menggugat ASTRO di mana rakyat ingin menukar kepada MY TV kerana tiada bayaran bulanan. Sekali lagi, Mahathir, anak-beranak dan krononya rugi besar.

Kesimpulannya, disebabkan Mahathir dan kroninya mula susut keuntungan. Mereka melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan PM Malaysia malah sanggup meminta bantuan luar untuk kononnya menyiasat seleweng 1MDB. Dengan menyediakan so called Sepina atau siasatan 250 muka surat, semua cai percaya. Padahal, dalam sistem siasat negara, mana mungkin mereka menyimpulkan satu siasatan jika siasatan ni dijalankan? Ahmmhanya orang bodoh sahaja percaya 250 muka surat tu. Mana-mana siasatan yang sedang dijalankan, tak boleh bagi sepenuhnya dakwaan tapi belum habis lagi siasatan.

Another kesimpulan, KRONI-KRONI KAU SUDAH JATUH, MAHATHIR!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana