TOLAK JAWATAN PM TANDA KARIER POLITIK ANWAR IBRAHIM BERAKHIR?

Langkah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penolakan calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang pada Pilihan Raua Umum 14 (PRU14) disifatkan pengakhiran kepada karier politik bekas timbalan perdana menteri itu.

Menurut penganalisis politik Edwin Michael Muniandy, tiada kesepakatan dalam isu ini mencerminkan kelemahan gabungan pembangkang dalam mengutamakan prinsip perjuangan mereka.

“Calon yang selama ini mereka angkat sebagai calon Perdana Menteri pula pun telah mengundurkan diri. Jadi itu satu indikator betapa lemahnya kumpulan pembangkang ini sehinggakan mereka tidak boleh mencapai kesepakatan dalam isu itu. Siapa calon Perdana Menteri.

“Sebaik Anwar kata beliau tidak berminat lagi untuk jadi Perdana Menteri bermakna orang kata sudah tewas, sudah terkubur perjuangan politik Anwar Ibrahim. Karier politik beliau,” lapor sebuah portal hari ini.

Mengulas lanjut, kesudian bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk dicalonkan sebagai calon perdana menteri pembangkang dianggap sebagai jenaka politik disebabkan ramai lagi calon daripada pembangkang yang dilihat sesuai untuk diangkat sebagai calon PM.

“Sebelum ini pun Tun Dr Mahathir tawarkan diri sebagai calon Perdana Menteri itu yang lebih kelakar kerana itu juga menunjukkan bahawa disebabkan mereka tiada calon sampai Mahathir perlu menawarkan diri menjadi calon.

“Mereka tidak ada satu visi yang jelas, tidak ada calon Perdana Menteri yang berkredibiliti dan mereka tidak ada kesepakatan sesama mereka. Semua ini sudah menjadi satu indikator yang bahwasanya pembangkang tidak akan membuat kejutan dalam PRU14 akan datang,” katanya.

Anwar sebelum ini membuat kejutan apabila mengumumkan dirinya menolak daripada dicalonkan untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya PH memenangi PRU14. -MalaysiaGazette.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana