BN Sedia Kerjasama Dengan PAS Jika Pengundi Cina Pilih Pakatan
Sekiranya Barisan Nasional (BN) terus ditolak oleh pengundi Cina tidak mustahil untuk BN yang diterajui oleh UMNO untuk bekerjasama dengan Pas, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman. Dalam satu temubual bersama MalaysiaGazette, Zainal Abidin berkata perkara itu tidak mustahil dilakukan BN sekiranya parti komponen BN antaranya MCA dan Gerakan terus gagal mendapat kepercayaan masyarakat Tionghoa di negara ini. “Tidak mustahil kalau masyarakat Cina buang BN, dan buang BN daripada kamus hidup mereka, undi kepada BN tidak sampai 4 peratus. “Mungkin UMNO kena kerjasama dengan Pas pada PRU14 dan menang 120 kerusi dan Pas 30 kerusi. Mungkin Pas akan jadi rakan kerjasama kerajaan untuk buat status dua pertiga,” katanya. Ujarnya lagi, sekiranya UMNO dan Pas bekerjasama membentuk kerajaan, ia merupakan menjurus kepada pelaksanaan dasar-dasar Pas-UMNO yang akan memberikan kerugian besar kepada masyarakat Cina. “Kalau orang Cina nak negara dip...