PKR Cipta Budaya ‘Rampasan Kuasa’ – Mohd Zuhdi
PETALING JAYA: Walaupun dikecam selepas mesej WhatsApp kumpulan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat bocor kepada umum, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki tetap konsisten menolak idea untuk menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Terbaharu Mohd Zuhdi berkata, strategi rampasan kuasa yang cuba diamalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menjadi budaya yang tidak sihat dalam sistem politik di negara ini. “Sekali kita mencipta budaya baharu…turunkan pemimpin dengan cara tidak biasa atau seperti rampasan kuasa di Thailand, budaya itu akan terus melekat. “Selepas Tan Sri Khalid diganti (dan) bila ada yang tidak puashati (dengan Menteri Besar baharu) budaya yang sama akan diikuti. Hinggakan kepentingan rakyat diabaikan oleh kemelut ahli-ahli politik,” katanya menerusi akaun Facebook pada Rabu. Baru-baru ini, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelantikan isterinya sendiri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon bagi mengg...