Posts

Showing posts from 2009

Bukti pemilikan saham dan wang Azmin-isteri : Bekas Setiausaha Sulit Anwar “pecah lubang”

Image
Jika selama ini ia hanya cakap-cakap, pagi Selasa bekas Setiausaha Sulit (SUS) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan (1996-1998), Anuar Shaari tampil mengemukakan salinan asal dokumen pemilikan saham dan penyata akaun bank Azmin Ali dan isterinya Shamsidar Tahrin. Dengan dokumen itu, beliau kemudiannya membuat laporan polis kepada Bahagian Jenayah Perdagangan PDRM di Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur. Pada sidang media sebelum membuat laporan polis, Anuar berkata, dokumen yang mengandungi bukti pemilikan saham sebanyak RM2 juta milik Azmin dan Shamsidar serta penyata akuan bank Shamsidar sebanyak RM8 juta akan diserahkan kepada polis untuk menetukan kesahihan dokumen terseut dan seterusnya melakukan siasatan. “Saya datang pada hari ini untuk mencari kebenaran bukannya hendak menghukum. Masyarakat hendak tahu kebenaran isu yang kini hangat diperkatakan termasuk para penyokong Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah dan Azmin. “Wan Azizah sendiri mesti hendak tahu kenapa Shamsidar bol

Jawatankuasa masjid kena tindakan

Image
SHAH ALAM 5 Nov. - Ahli jawatankuasa sebuah masjid di Taman Sri Andalas, Klang akan dikenakan tindakan undang-undang kerana membenarkan Ahli Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar berucap di dewan utama masjid itu bulan lalu. Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohamed Khusrin Munawi (gambar) menegaskan, orang bukan Islam tidak boleh memasuki masjid kerana mereka dikategorikan sama seperti wanita didatangi haid. "Orang bukan Islam dibenarkan datang dan melawat masjid tetapi tidak boleh masuk dewan utama solat, lebih-lebih lagi berucap di tempat kita bersolat. "Semua perkara ini patut diketahui oleh nazir masjid demi menjaga kesucian masjid serta perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau diminta mengulas desakan wakil Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja, Misnan Ahmad supaya JAIS menyiasat tindakan jawatankuasa masjid tersebut membenarkan Xavier berucap di dewan masjid te

nik ajis ni ulama politik

sanggup nak tegok melayu berpecah lagi..lihatlah kalau macam ni pas akan berpecah lagi kepada 2 group la.nik ajis kalau boleh tak sanggup melayu bersatu antara pas dan umno,kita sembahyang kearah kiblat yang sama.setiap jumaat selalu kita dengar apabila khutbah selalu mengingati kita supaya sesama islam bersaudara jangan bermusuh musuhan antara satu sama lain.nik ajis macam dia pulak yang jadi presiden..lu pikir la sendiri

Nik ajis dah merapu...dah

jangan menghina sesama islam lain kali kan dah kena hidung sendiri..dulu pas pegangan lain sekarang dah banyak berubah.dalam prk mcam angkuh dan Bodoh sombong pulak tu.terimalah kekalahan jangan nak menunduh antara satu sama lain plak.buruk padahnya orang melayu paling marah sekarang ni pasal AL-QURAN dijadikan ceramah politik orang bukan islam..tapi semua yang duduk atas pentas tu diam saja..dulu pas tak macam ni...PADAN MUKA...ingatlah kita ni tak semuanya betul ada buat kesilapan...tapi perbaiki yang ada kelemahan...jangan nak tuduh menuduh pulak.melayu dah meluat politik pas sekarang...mungkin next pihanraya nanti kelantan jatuh ketangan BN.insyallah.

BN menang besar di Bagan Pinang

PORT DICKSON 11 Okt. - Calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad menang pada pilihan kecil DUN Bagan Pinang dengan majoriti besar iaitu 5,435 undi. Mohd. Isa memperoleh 8,013 undi manakala calon Pas, Zulkifly Mohamad Omar memperoleh 2,578 undi. rakyat malaysia sudah sedar pihak pembangkang sekarang ni....hidup BN

Pengundi dipermatang pasir undilah BN

saya harapkan pengundi di permatang pasir ini pilih lah calon BN.pikirlah dulu sebelum mengundi, penjuangan PAS dulu lain sekarang dah lari dari penjuangannya.renunglah jikalau melayu bersatu hati ...nescaya kaum lain tak berani nak bersuara...tentang melayu ni.PAS sanggup melihat sesama melayu jatuh asalkan kaum lain kehadapan.cubalah anda semua fikir semasa perak dimemerintah oleh pakatan Rakyat.cakap saja pakatan rakyat(DAP,PAS dan PKR)tapi exco exco nya banyak diwakili oleh DAP cumanya melayu 3 atau 4 orang saja.apa dah jadinya ....fikir-fikir lah semuanya.Ini semua Taktik pembangkang ...untuk menarik pengundi bukan melayu...HEBAT...HEBAT diaorang ni.tapi melayu tak nampak ni semuanya.untuk menjatuhkan sesama melayu adalah.cuba fikir lah semua....Insyallah...... BN menang

Adun Lunas keluar PKR,PKR Bahagian padang serai BUBAR

Pukulan buat PKR...ADUN Lunas keluar parti, PKR Bahgaian Padang Serai bubarAugust 23, 2009 : 11.11 AM---> Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pakatan pembangkang menerima kejutan terbaru pagi Ahad, Ramadhan kedua apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Lunas yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah, Mohammad Radzhi Salleh mengisytiharkan dirinya keluar parti dan menjadi ADUN Bebas. Radzhi yang merupakan ADUN daripada PKR dan memegang portfolio Exco Pelancongan dan Pembangunan Masyarakat Serta Sumber Tenaga Manusia dalam kerajaan negeri Kedah mengumumkan pendiriannya itu pada sidang media di Kuala Lumpur. Mengenai jawatan Exco yang dipegangnnya itu, beliau berkata, beliau tidak meletakkan jawatan tersebut dan menganggap dirinya masih Exco dari parti Bebas. Ini kerana menurut beliau, perlantikannya dibuat oleh Sultan Kedah dan bukannya Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang hanya mencadangkan namanya kepada Tuanku. Bagaimanapun jelasnya, jika Sultan Kedah menitahkan

Penduduk Kampung Buah Pala minta Guan Eng letak jawatan

GEORGETOWN: Persatuan penduduk Kampung Buah Pala hari ini mendesak Ketua Menteri, Lim Guan Eng, meletakkan jawatan kerana didakwa gagal menjalankan tanggungjawab untuk membela nasib rakyat negeri ini. Wakilnya, C Tharmaraj, berkata pihaknya membuat desakan itu kerana merasakan Setiausaha Agung DAP itu sudah tidak mampu menjalankan tanggungjawab dan gagal menunaikan janji. "Janji dibuat pada kempen pilihan raya umum yang kononnya mahu mengembalikan hak dengan memberikan tanah ini kepada kami tapi tidak ditunaikan. Saya rasa lebih baik dia letak jawatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Pada pilihan raya umum tahun lalu, pakatan pembangkang DAP-PKR-Pas telah menggunakan isu Kampung Buah Pala sebagai modal mereka berkempen dengan berjanji akan mengembalikan hak penduduk sekiranya mereka memerintah negeri ini. Semalam, penduduk kampung itu menyatakan rasa kecewa dan marah dengan keengganan Guan Eng bertemu mereka untuk menyerahkan memorandum berhubung nasib mereka sele

Islam utamakan muzakarah berbanding debat

Islam utamakan muzakarah berbanding debat: Harussani KUALA LUMPUR: Islam lebih mengutamakan proses muzakarah atau perbincangan berbanding mujadalah atau berdebat dalam soal perpaduan ummah, kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Beliau berkata, Islam juga tidak menolak perdebatan untuk berhujah dan berdepan dengan individu atau kumpulan bukan Islam, khususnya dalam soal berkaitan akidah sepertimana ketika Nabi Musa berhadapan dengan Firaun. "Dalam Islam lebih baik muzakarah (dalam soal perpaduan Ummah). Lebih baik duduk semeja dan berunding daripada berdebat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau mengulas mengenai cabaran Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, untuk berdebat secara terbuka. Nik Abdul Aziz mencabar Najib berdebat secara terbuka berikutan tindakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis terhadap beliau kerana menyamakan Umno dengan komunis dan ajaran

Contohi parti Cina

PUTRAJAYA 24 Jun – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa parti Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan sesama Islam demi menegakkan ideologi politik mereka. Sambil menyuarakan rasa kecewa dengan kegagalan merealisasikan kerajaan perpaduan Pas-UMNO, Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2008 itu berkata, parti yang mendakwa Islam ini bertindak tidak seperti mana DAP yang tidak bergaduh sesama parti Cina lain malah sanggup pula bersatu demi kejayaan kaum sendiri. ‘‘Saya sebenarnya amat berharap benda ini (kerajaan perpaduan) jadi (kenyataan) sebab saya sendiri memperjuangkan supaya masyarakat Melayu dan Islam ini bersatu. ‘‘Tapi saya kecewa. Mereka ini taksub kepada parti sehingga menganggap sesama mereka (dalam parti sendiri dan parti-parti Melayu lain) bukan bersaudara. Politik itu politiklah tapi persaudaraan Islam itu mestilah dijaga, maka haramlah memutuskan tali persaudaraan Islam itu,” katanya kepada Utus

perpecahan melayu teruk

Oleh ZULKIFLI JALILpengarang@utusan.com.my PUTRAJAYA 17 Jun – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini memberi amaran perpecahan orang Melayu ketika ini terlampau teruk sehingga golongan majoriti itu kelihatan terlalu lemah. Membiarkan orang Melayu sendiri mentafsirkan apa yang dimaksudkannya daripada pengamatan suasana hari ini, Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2008 itu percaya hanya kerajaan perpaduan antara UMNO-Pas sahaja boleh mengembalikan semula kewibawaan orang Melayu di Malaysia. ‘‘Saya sebenarnya tidak mahu mengulas isu-isu politik tetapi dalam soal cadangan kerajaan perpaduan UMNO-Pas ini, saya setuju sangat jika ia dapat dijayakan. ‘‘Ia bukan sahaja boleh menyatukan orang Melayu malah lebih dari itu mempertahankan agama Islam yang suci ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini

hidup melayu di penanti

untuk membuang undi nanti pasti kita menolak parti PKR...saya harap mana mana ahli pas pilih lah calon bebas...lihatlah calon pas mana ada jadi Exco...kat penang.bersatulah kaum melayu..rapatkan silaturahim.

MB perak adalah zambri

Bersyukur kepada tuhan dan rakyat perak....semoga aman dan damai.jadilah yang terbaik untuk semua.saya harap selepas ni melayu mesti bersatu padu janganlah jadi boneka kaum lain.kalau betul betul parti DAP,PKR dan PAS bersatu janganlah letak pada kaum cina yang lebih.negeri perak majoritinya kan melayu.fikir fikir kan lah

untuk pepaduan nik aziz tolak

saya pun hairan melihat nik aziz berkata tidak mahu untuk pepaduan bersama dengan Umno tetapi nik Aziz lebih rela bekerjasama dengan DAP daripada bekerjasama dengan UMNO yang sebangsa, seagama.tegok cara nya nik aziz kalau boleh tak nak berudur dari politik.sedarlah sikit suatu hari nanti orang ramai akan paham dan bertambah fedup dengan nik aziz nanti.Kita tidak sangka seorang yang bergelar tuan guru sanggup menggunakan kuasanya dan membuat keputusan menolak untuk bermusyawarah.dalam islam sendirinya supaya islam dengan islam jangan bermusuh musuhan antara satu sama lain.Apa tok guru macam ni yer..mungkin pasal politik kot?sepatutnya diberi nasihat dan cara bagai nak menyatukan sebangsa dan agama,ini tidak...untuk mempecahbelah lagi adalah....inikah dipanggil tok guru agama.semakin kuat agama semakin teruk sekaraning ni yer. Percayalah, Nik Aziz tidak akan berjaya jika terus bersekongkol dengan DAP. Mereka akan menggunakan pelbagai agenda secara nyata dan halus untuk melemahkan orang

Karpal didakwa ...syukur

KUALA LUMPUR 16 Mac - Pengerusi DAP, Karpal Singh (gambar) akan didakwa di Mahkamah Sesyen, Jalan Duta di sini pagi esok mengikut peruntukan Akta Hasutan 1948. Menurut sumber, pendakwaan ke atas Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berikutan kenyataan beliau yang mempunyai unsur hasutan. Pendakwaan tersebut susulan daripada kenyataan beliau terhadap Sultan Perak ketika krisis politik di negeri itu berikutan perubahan kepimpinan negeri. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pada 25 Februari lalu mengesahkan polis telah menyerahkan kertas siasatan berhubung 97 laporan polis terhadap pemimpin DAP itu kepada Pejabat Peguam Negara. Karpal dilaporkan mengeluarkan kenyataan mahu menyaman Sultan Perak kerana memberi perkenan bagi pelantikan Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak, menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Berdasarkan laporan sebelum ini, semua kes yang dilaporkan berkaitan kenyataan Karpal itu disiasat polis mengikut Seksyen 4 Akta Hasut

Ismail Safian diumum calon BN tanding Bukit Gantang

TAIPING: Bekas Setiausaha Umno Bahagian Bukit Gantang, Ismail Safian, hari ini diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bertanding pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, 7 April ini. Nama Ismail yang juga bekas Ketua Penerangan Umno bahagian itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada majlis perhimpunan di Padang Taman Kota Jaya , Simpang 4, di sini, pagi

Penulis blog hina Sultan Perak didakwa

KUALA LUMPUR 12 Mac – Unit Jenayah Perdagangan Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara buat pertama kalinya akan mengheret penulis blog yang memberi komen-komen menjurus kepada perbuatan menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah ke Mahkamah Sesyen di empat buah negeri, esok. Sumber yang menghubungi Utusan Malaysia pada pukul 4 petang ini memberitahu, dua penulis blog yang terdiri daripada orang awam itu akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini dan seorang lagi di Petaling Jaya, Selangor. Pendakwaan ke atas beberapa individu lain yang menghina Sultan Perak juga akan dibuat di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Sabah dan Butterworth, Pulau Pinang. Sementara di Kuala Terengganu, pendakwaan akan dijalankan pada Ahad ini. Difahamkan mereka yang terlibat akan didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan. Seksyen 233 akta tersebut menyatakan, pengendali laman web dan blog yang menyebar kandungan bersifat jelek, mengancam dan mengugut boleh d

perhimpunan perkasa

Image
PERHIMPUNAN PRIBUMI PERKASA NEGARA 22.MAC.09 (AHAD) 8.00 PAGI bertempat di Kompleks Sukan TNB Bangsar. Sesi Pagi Ucaptama Oleh Tun Dr. Mahathir, bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4. Sebelah Petang Sidang Kemuncak PERKASA. Kepada Bloggers BPN semua dijemput hadir demi kepentingan bangsa dan agama. Minta tolong sahabat blogger terutamanya ahli BPN untuk menghebahkan perkara ini.

Isu PPSMI ini untuk masa depan anak melayu

Adakah kita mahu tengok anak Melayu ketinggalan pada masa hadapan? Sudah pasti tidak. Mahukah kita lihat generasi akan datang terus dibelenggu dengan dengan masalah penguasaan Bahasa Inggeris? Inilah persoalan yang perlu difikirkan oleh pemimpin hari ini. Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris yang diispirasikan oleh Menteri Pelajaran amat relevan dengan keadaan atau tuntutan dunia global pada hari ini. Bukanlah tujuan pemimpin hari ini untuk menjahanamkan Bahasa Melayu yang menjadi bahasa rasmi atau bahasa ibunda kita, tetapi bertujuan memantapkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan generasi muda akan datang. Adakah kita mahu lahirkan generasi yang takut untuk berurusan dengan dunia luar atau bersemuka dengan bangsa asing kerana tidak tahu berbangsa Inggeris?Sudah pasti tidak. Bagi mengelakan hal sebegini satu cork pendidikan diperingkat awal haruslah difikirkan oleh pemimpin hari ini untuk disemai kepada anak-anak kita demi kemajuan negara, bangsa dan agama.

Karpal Angkuh

sungguh biadap tingkah laku nya terhadap umno.saya berasa sedih apa yang diperkatakan terhadap umno..kerana peluru 2 butir tu di hantar oleh ahli umno,tidak semua yang umno yang lakukan dan sesiapa saja yang boleh berlakon tak kira PKR ker DAP.entah entah diaorang sendiri yang buat ni semua supaya pihak lain boleh mengatakan umno yang lakukan.DAP merasa ia berkuasa sekarang ni kerana banyak kawasan menang dalam pilihanraya lepas dan Anwar sebagai mempecahbelahkan orang melayu daripada 2 parti kepada 3 parti sekarang ni.lihat lah kaum lain boleh bersatu bila ada sesuatu masalah boleh duduk semeja,pulak tu.MELAYU SAJA RUGI DAN MUNDUR AKAN DATANG,marilah kita bersatu hati menentang keegoan DAP ni.Itu belum lagi berkuasa untuk memerintah NEGARA macam mana yer.apa yang ada kelebihan pada bumiputra nanti sudah beransur ansur habis.

DAP mengusir perniaga di penang

sedikit demi sedikit orang melayu sudah terhakis di penang.cubalah renung lah wahai orang melayu supaya bersatu...nak berpolitik tu biar bertempat dan tengok keadaan tempat dulu lain la kalau dikawasan bermojoriti tu melayu seperti kelantan dan terengganu.sama sama melayu.ini tidak,dikawasan penang,perak,kl dan selangor ,melayu mesti bersatu padu.biar lah kaum lain tengok melayu ni kuat.saya harap suatu hari nanti dengan izin allah umat melayu bersatu.

Anak tempatan daripada Umno calon BN untuk Bukit Gantang: Najib

IPOH: Barisan Nasional (BN) memutuskan anak tempatan daripada Umno dipilih sebagai calon pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, kata Datuk Seri Najib Razak. Timbalan Perdana Menteri berkata ,calon yang akan dipilih adalah daripada kalangan yang bergerak aktif di peringkat bahagian dan boleh diterima rakyat. "Dengan keputusan itu, sebarang spekulasi mengenai ada calon luar yang akan dipilih tidak akan berlaku lagi," katanya selepas mempengerusi mesyuarat tertutup BN Perak di ibu pejabat Umno Perak di sini, sebentar tadi. Pilihan raya kecil berkenaan diadakan berikutan kematian penyandangnya, Roslan Shaharum, 50, daripada Pas pada 9 Februari lalu akibat serangan jantung.