Adun Lunas keluar PKR,PKR Bahagian padang serai BUBAR

Pukulan buat PKR...ADUN Lunas keluar parti, PKR Bahgaian Padang Serai bubarAugust 23, 2009 : 11.11 AM--->
Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pakatan pembangkang menerima kejutan terbaru pagi Ahad, Ramadhan kedua apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Lunas yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah, Mohammad Radzhi Salleh mengisytiharkan dirinya keluar parti dan menjadi ADUN Bebas. Radzhi yang merupakan ADUN daripada PKR dan memegang portfolio Exco Pelancongan dan Pembangunan Masyarakat Serta Sumber Tenaga Manusia dalam kerajaan negeri Kedah mengumumkan pendiriannya itu pada sidang media di Kuala Lumpur. Mengenai jawatan Exco yang dipegangnnya itu, beliau berkata, beliau tidak meletakkan jawatan tersebut dan menganggap dirinya masih Exco dari parti Bebas. Ini kerana menurut beliau, perlantikannya dibuat oleh Sultan Kedah dan bukannya Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang hanya mencadangkan namanya kepada Tuanku. Bagaimanapun jelasnya, jika Sultan Kedah menitahkan beliau meletakkan jawatan, beliau akan patuh untuk berbuat demikian. Sementara itu pada sidang media yang sama Pemangku Ketua Bahagian PKR Padang Serai, Jamaluddin Abu Hassan pula mengumumkan pembubaran PKR Bahagian berkenaan. DUN Lunas berada dalam Bahagian Padang Serai. Beliau turut mendakwa mempunyai rakaman perbualan telefon seseorang yang menyebutkan bahawa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan untuk membuat kekecohan pada hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir, Isnin lalu. Dalam insiden berkenaan, Gobalakrishnan mencabar arahan polis dan dalam kekecohan yang berlaku dia telah menampar seorang anggota polis. Lakonan Gobalakrishnan tidak berakhir di situ kerana mendakwa cedera parah dan terpaksa menerima rawatan di hospital Bukit Mertajam. Gobalakrishnan dihadapkan ke mahkamah majistret sehari kemudian atas dakwaan menghalng tugas penjawat awam.

Comments

Unknown said…
moga moga semuanya balik lah kepangkal jalan.

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana