Anak tempatan daripada Umno calon BN untuk Bukit Gantang: Najib

IPOH: Barisan Nasional (BN) memutuskan anak tempatan daripada Umno dipilih sebagai calon pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, kata Datuk Seri Najib Razak. Timbalan Perdana Menteri berkata ,calon yang akan dipilih adalah daripada kalangan yang bergerak aktif di peringkat bahagian dan boleh diterima rakyat. "Dengan keputusan itu, sebarang spekulasi mengenai ada calon luar yang akan dipilih tidak akan berlaku lagi," katanya selepas mempengerusi mesyuarat tertutup BN Perak di ibu pejabat Umno Perak di sini, sebentar tadi.
Pilihan raya kecil berkenaan diadakan berikutan kematian penyandangnya, Roslan Shaharum, 50, daripada Pas pada 9 Februari lalu akibat serangan jantung.

Comments

Harimau-Malaya said…
Salam..
Selamat Berjaya UMNO dan BN di Perak nnt..
Kami sbg Rakyat sentiasa menyokong anda..!!!
siemens said…
kita sama sama berjuang untuk umno dimalaysia
Anonymous said…
kami menyokong anda. selamatkan institusi raja kita.
Anonymous said…
rajin-raji lah menulis. selamatkan negara kita dari virus perosak. kerajaan memang tak sempurna. kita perbaiki jangan merosakkannya lebih teruk . selamatkan negara kita. hidup tun Mahathir. jadi Penulis ni kena le tahan telinga kita dan banyak bersabar. tak ada yang senang dalam dunia ni.

Popular posts from this blog

'Saya Tak Boleh Hidup di Malaysia Jika Hudud Dilaksanakan' - Marina Mahathir

Wajib Baca....8 perkara Lee Kuan Yew akan lakukan jika memerintah Malaysia