PAS Kesal Peserta Bersih Pijak Gambar Pemimpin - Mohd Amar
BACHOK: PAS melahirkan rasa kesal terhadap tindakan peserta perhimpunan haram Bersih 4 yang didakwa memijak gambar Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, perkara berkenaan tidak seharusnya berlaku kerana tindakan itu dilihat telah menghina Abdul Hadi. "Kalau betul benda itu berlaku, bukan edit (disunting) maka memang tak sepatutnya berlaku. Gambar siapa-siapapun, terlebih lagi pemimpin tak sepatutnya kita hina, itu pendirian kitalah. "Bukan setakat pemimpin PAS, mana-mana pemimpin pun. Kita sendiri pun tak pernah pijak gambar pemimpin (lain) walaupun kita berlawan dengan Umno atau siapa (pemimpin parti) pun," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Kebangsaan 2015 di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bachok di sini. Mohd Amar mengulas tindakan peserta Bersih 4 yang menjadi viral di media sosial selepas didakwa memijak gambar Abdul Hadi dan Perdana Mente...