Posts

Showing posts from May, 2012

PUAK PAS SUDAH MENANGIH SIMPATI DEKAT PRU....

Image
FIKIR FIKRLAH GAMBAR NI...NO KOMEN LAGI PASAL POK NIK...PRU DAH NAK DEKAT....BIASALAH.

We Love You Too Prime Minister....

Image

Video Wayang Kulit Puji Datuk Seri Najib...Best Jugak Ni

Image

VIDEO MAJLIS IPO FGVH DILANCARKAN OLEH DATUK SERI NAJIB

Image

Video....Dr Sulaiman Noordin - BERS✔H & Orde Baru Dunia - 19/05/2012

Image

VIDEO....NIK AZIZ KENA SEMBUR OLEH DR NASOHA...PUAK PAS PANAS TELINGA BEB

Image

BN Yakin Dapat Tawan Semula Lima Dari Lapan Kerusi DUN PAS Di Terengganu

Image
KUALA TERENGGANU : Barisan Nasional (BN) Terengganu yakin dapat menawan semula lima daripada lapan kerusi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi PAS pada pilihan raya umum ke-13 nanti.Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata berdasarkan sokongan rakyat dan kerja kuat jentera parti, tidak mustahil BN juga dapat merampas kembali satu kerusi Parlimen. Ahmad berkata demikian kepada Bernama selepas menghadiri majlis perjumpaan dengan kepimpinan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di sini, Khamis.Beliau bagaimanapun tidak menyebut DUN mana yang dimaksudkan itu. Terengganu mempunyai 32 kerusi DUN dan lapan kerusi Parlimen.Lapan kerusi DUN yang kini dikuasai PAS ialah Batu Buruk, Ladang dan Wakaf Mempelam (ketiga-tiganya di bawah Parlimen Kuala Terengganu), Bukit Tunggal (Parlimen Kuala Nerus), Sura (Dungun), Rhu Rendang dan Bukit Payung (Marang) dan Manir (Hulu Terengganu). Kerusi Parlimen yang dimenangi PAS pula ialah Marang y...

Video... Ummi tunjuk bukti kekayaan Azmin & Shamsidar 20120530

Image
Ha Ha Ha ini dikatakan paku dulang paku serpih mengata orang dialah yang lebih...Azmin Ali perlu bertanggungjawab atau tunjukkan bukti atau saman saja kepada mereka yang lontar tomahan itu.Padan Muka Azmin Ali yang selama ini rakyat Selangor mempercayainya...BOSNYA ANWAR dengan sendirinya bersubahat...Kejatuhan parti PKR amat terserlah lagi pada PRU UMUM akan datang.. 

ALA...DEMOKRASI DAP PENANG MENGHALANG WARTAWAN NST DAN UTUSAN MEMBUAT LIPUTAN...

Image
DAP memerintah Malaysia alamak lingkuplah semuanya,Jikalau tidak seteru dengannya.Contohnya sudah ada Wartawan UTUSAN MALAYSIA DAN NST tidak dibenarkan buat liputan operasi tutup kedai di Penang.Dasar pemerintah Komunis inilah diperjuangkan PAS DAN PKR sehingga sanggup bersengkokol dengannya.Cakap Demokrasi dan bebas bersuara apa kejadah namanya.

TIBAI nak demo jika SPRM tak siasat Azmin...

Image
Kumpulan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap anggota Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali berhubung dakwaan terbabit rasuah ketika menjadi Setiausaha Sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.Kumpulan itu bertegas akan mengadakan demonstrasi di hadapan ibu pejabat SPRM sekiranya badan bebas itu tidak memulakan siasatan dalam tempoh seminggu.Mursyidul Am TIBAI Zahid Md Arip berkata desakan itu dibuat ekoran pendedahan pengarang portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin kononnya Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri telah mengarahkan kes rasuah jutaan ringgit membabitkan Azmin yang ketika itu setiausaha sulitnya, ditutup. "Kami minta SPRM buka semula fail siasatan," katanya kepada pemberita sebelum membuat laporan kepada SPRM, di Putrajaya pada Rabu.Pada Selasa, Raja Petra mendakwa mendapat maklumat mengenai salah guna kuasa oleh Anwar untuk menghalang siasatan terhadap Azmin ...

Rumah PPR kini boleh dibeli golongan berpendapatan rendah

Image
Kabinet telah bersetuju dengan cadangan untuk membuka permohonan bagi penjualan unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) kepada golongan berpendapatan rendah khususnya di Kuala Lumpur dan Selangor, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung. Bernama melaporkan beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi mengurangkan beban yang ditanggung Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam menguruskan kediaman berkenaan."Kabinet semalam meluluskan permintaan saya untuk menjual unit PPR kepada pemohon yang layak daripada membiarkan Pihak Berkuasa Tempatan menguruskannya. "Pihak Berkuasa Tempatan mendapati sukar untuk mengurus PPR kerana banyak fi sewaan dan penyeliaan tidak dibayar pada masanya oleh penduduk," katanya kepada pemberita selepas melancarkan komponen ketiga pembangunan di i-City di sini hari ini.Namun Chor berkata, pemohon yang ingin membeli kediaman PPR harus mengikut syarat yang ditetapkan iaitu mempunyai pendapatan di bawah RM2,500 sebulan, ...

Video Ucapan Penuh AMY SEARCH Dan Rakan Rakannya...

Image

BERSIH 3.0 PUNYA HAL....KUOTA HAJI JADI MANGSA....

Image
Berpaksikan kepada AMBIGA punya pasal habis tempias umat Islam kuota Haji.Rakyat Malaysia yang hendak pergi menunaikan Haji harus mempersalahkan PAS...Nak carikan Publisiti meluas konon sehingga terlupa batas batas had negara orang lain yang menjadi mangsa adalah rakyat Malaysia yang berpaksikan AMBIGA....MASYALLAH...

Video...Nasharuddin terkejut nama tiada dalam senarai

Image
Sedihnya orang macam ni pun dikeluarkan calon YB PAS.Dahsyatnya mainan PAS jika tidak  sependapat dengan tujuannya...Salah ker Nasharuddin bercakap untuk perpaduan orang ISLAM?Marilah kita menghukum PAS pada PRU 13 nanti....

VIDEO...ARTIS CEPAT DIANGKAT MENJADI PENCERAMAH PAS..UWEKKK

Image
Inilah PAS sudah ketandusan isu lagi menggunakan Artis untuk menerangkan ISU kepada rakyat.Ha Ha HA jikalau sekadar untuk memberitahu bahawa ISU BR1M kerajaan beri kepada rakyat,baik tak payah lah Dayangku Intan..Boleh Blahhhh

KDN Siarkan Rakaman Perhimpunan Bersih Dua Hari Lagi...Ayuh Bongkar Kejahatan Puak Perusah ini

Image
   PUTRAJAYA : Dalam tempoh dua hari lagi Kementerian Dalam Negeri akan menyiarkan rakaman video asal kekecohan yang berlaku ketika Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Khamis berkata rakaman video tersebut akan memaparkan kejadian sebenar dan apa yang menyebabkan berlakunya keganasan pada hari perhimpunan tersebut."Semua baik dan buruk akan dipaparkan dalam video ini," katanya pada sidang media di sini, Khamis.    

AL-JUBURI SEDANG BLACK DANCE.....PERGGGHHHHH CAYA LAH

Image
Macam orang yang tak betul saja ni....memang kelakar giler!!!!!Baju mana tu...Bang Nuar?Warm up ker tengah tengah jalan macam ni...Apa kejadahnya.

KELUAR ISU DARI RPK....KELAM KABUT PKR DIBUATNYA....

Image
Apa tidaknya kedua dua pemimpin PKR ini adalah orang kuat antara satu sama lain terkena pulak RPK keluarkan kenyataan bahawa mereka ini suatu ketika dulu ada buat sesuatu yang salah disisi undang.ANWAR Dalam pentas politik cukup hebat memperkatakan Kredibiliti,Nepotisme,korupsi dan Rasuah inilah selalu diperkatakan kepada UMNO dan BN.Apa tidak ini semuanya adalah kerja Harian ANWAR sejak dulu lagi..... Paku Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Dia Yang Lebih" Muka tak tahu malu dituduh UMNO pulak semuanya ini sedangkan ini semua kerja ANWAR... Lagi lama kebongkaran pembangkang sudah nampak terserlah lagi..hari demi hari.

PEGAWAI BANK TAPI PTPTN TAK BOLEH BAYAR...MALU LAH

Image
Sepatutnya Orang ini patut bersyukur kerana adanya PTPTN dapat menjadi seorang pegawai BANK tapi sayangnya tak membayar Ansuran PTPTN.Sedarlah sikit jika tidak pinjaman ini adakah dapat menjadi pegawai BANK.Tak dapat bayar SAMAN BALIK PTPTN...memang tahap gila babi orang macam ini...TIDAK MENGENANG BUDI LANGSUNG...sebelum dapat pinjaman semuanya boleh dengan syarat syaratnya.MANUSIA TIDAK BERGUNA...INILAH JADINYA.Lebih lebih lagi ANWAR yang bermuka muka pada orang yang tak mahu bayar pinjaman PTPTN ini....seronok lah kerana adanya orang baik hati yang bernama ANWAR..PORAHHHHH LAH...BERMUKA MUKA BERTOPENGKAN MANUSIA...

HA HA HA KARTUN ZUNAR TAK BOLEH CARI MAKAN LAGI NAMPAKNYA PADA PRU...SPR SUDAH MENOLAK PENGGUNAAN ILUSTRASI KARIKATUR

Image
Nampak gaya Zunar sudah HOT sama SPR kerana tidak boleh mengunakan lagi lambang karikatur pada Pilihanraya akan datang lagi.Mahu cari makan pun bukan cara untuk berkempen ZUNAR."SPR sepatutnya mengutamakan content (kandungan), tidak kira medium sama ada kartun, video dan surat-surat layang. "Secara umumnya parti politik berhak menggunakan apa-apa medium," kata beliau ketika dihubungi AntaraPos.com. Zunar kemudian menyifatkan penggunaan karikatur untuk menyampaikan maklumat dan kritikan tidak menjadi kesalahan. "Kalau mengkritik dari kartun tidak menjadi satu kesalahan malahan mengkritik dalam kartun pernah digunakan semasa Jerman di bawah pemerintahan Nazi lagi, bukan satu yang baru kartun ini digunakan," katanya lagi. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata suruhanjaya itu akan menggunakan peruntukan di bawah seksyen 4(a) Akta Pilihan Raya 1994 untuk melaksanakan penggunaan karikatur pada kempen pilihan r...

Jeng...Jeng SPRM buka semula siasatan kes Azmin Ali

Image
Panel Penilai Operasi SPRM meminta agensi penguatkuasaan tersebut membuka kemabali kes membabitkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM, Tan Sri Dr. Hadenan Abdul Jalil memberitahu arahan supaya kertas siasatan kes tersebut diteliti semula oleh SPRM dikeluarkan hari ini. Sebelum ini, blogger Raja Petra Raja Kamaruddin bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengarahkan agensi itu agar kes rasuah jutaan ringgit membabitkan beliau ditutup. Arahan itu dikatakan diberikan 17 tahun lalu ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri. Ketika itu agensi itu dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR). Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali yang turut hadir dalam sidang media tersebut tidak menolak akan memanggil Azmin dan Anwar jika keterangan dari mereka dikehendaki. Semalam, Azmin berkata, beliau telah memberi kerjasama kepada BPR dan siasatan telah dijalankan terhadapnya ketika itu. Nampaknya SPRM tidak duduk diam berhubung dakwaan...

GAMBAR KECOH DI STADIUM SINGAPURA PASAL WANITA TUNJUK BUAH DADA.....

Image
Seorang penari wanita secara tidak sengaja telah mendedahkan buah dadanya kepada lebih 7,000 penonton stadium sewaktu mempersembahkan tarian di Stadium Jalan Besar di sini. Lebih malang lagi, persembahan tersebut disiarkan secara langsung di stesen televisyen republik itu Ahad lalu. Kejadian ini berlaku sewaktu perlawanan akhir program realiti bola sepak terbitan MediaCorp’s, ‘First XI’. Sebelum perlawanan berlangsung, sekumpulan 18 orang penari wanita, The Sapphires yang memakai rambut palsu berwarna biru dan berpakaian seksi masuk ke tengah padang bagi membuat persembahan. Sejurus selepas persembahan bermula, rambut palsu penari berkenaan telah jatuh. Namun, dia masih meneruskan persembahan.Selepas itu, kelihatan penari itu menari dalam keadaan yang tidak selesa apabila dia asyik membetulkan pakaiannya. Tidak lama kemudian, tali bahu pakaiannya longgar hingga menampakkan buah dadanya!Dia terpaksa menutup bahagian ‘tersebut’ dengan tangan sebelum berlari keluar dari padang. ” Say...

Lagi Isu Muzakarah: Harussani bidas Nik Aziz...Betul Apa Dikata Oleh Mufti

Image
SHAH ALAM: Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria membidas pendirian Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memberi amaran agar tidak mencampuri cadangan muzakarah di antara parti politik PAS dan Umno. Harussani berkata adalah menjadi tanggungjawab semua umat Islam biarpun tidak menjadi Mufti untuk menyatu padukan orang Melayu beragama Islam kerana ianya adalah tuntutan agama. "Saya bukan campur urusan politik, cuma saya hendak katakan ini adalah muzakarah tentang perpaduan orang Islam dan Melayu di Malaysia. "Itu saja yang penting kerana itu adalah agenda Islam, menyuruh kita bersatu padu tetapi nampaknya terlalu payah jadi sebab itu sampai perlu buat muzakarah," Mursyidul Am PAS itu dalam kenyataannya menyifatkan Harussani agar menjauhi urusan politik. Beliau berkata mufti itu boleh menjadi orang tengah untuk sebarang usaha perpaduan asalkan tidak menyerang sebelah pihak saja.Harussani bagaimanapun berkata beliau tidak menawarkan diri untuk menjadi orang tengah dalam isu pe...

PRU13: Masa depan Nasharudin 'pudar' di Kelantan..Pemimpin PAS Tak Boleh Ditegur..Inilah Padahnya

Image
Orang Macam Nasharudin Mat Isa di pandang tak elok bagi setengah tengah Puak taksub PAS ini sanggup memulau Nasharudin Mat Isa daripada bertanding di Kelantan.Dahsyatnya permainan PAS jikalau tidak sependapat dengan Aliran PAS sanggup diketepikan orang macam ini.Nasharudin Mat Isa adalah orang yang mulia dan baik untuk menjadi orang melayu bersatu padu dan untuk mengelak umat islam berpecah belah...pendapat Nasharudin Mat Isa di tolak mentah mentah oleh POK NIK...MASYALLAH.Sedih melihat pemimpinan PAS hari ini...sanggup bersedudukan dengan DAP lagi daripada UMNO.Masa depan bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa untuk kekal bertanding di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) "hampir" pudar apabila nama Ahli Parlimen Bachok itu tidak tersenarai dalam calon PAS negeri itu."Setakat ini nama beliau (Nasharudin) tidak tersenarai di Kelantan. Itu sahaja yang saya boleh katakan. Nasharudin Mat Isa merupakan antara pemimpin yang lantang bersuara dan mengkriti...

MB Selangor Jangan politikkan isu sampah Alahai...Senang Saja Buat Tuduhan Melulu

Image
Aduhai Khalid....Apa punya MB macam ni.Selangor dikatakan negeri paling Maju di Malaysia tapi Kerajaan Pakatan Rakyat Kuat Politik daripada untuk Rakyat.Lihat lah saja ada saja Banner dan Papan Tanda berselerak di persimpangan Jalan dan ditepi Tiang,Banner yang sudah lama terbiar bergitu saja.Bilanya mahu tanggal kan tarikhnya sudah 1 Bulan lepas masih ada lagi di tiang letrik...sesiapa lalu New Petaling Jaya akan nampak.Berpolitik berpanjangan....sehingga lupa sampah sarap,inilah dikatakan mahu murah atau CUT COST... KONON..Yerlah Kerajaan Pakatan Rakyat saja yang pandai jimatkan Kos...Lepas tu cakap diatas pentas Politik dapatkan "SAVE" duit Rakyat....Tak cerita pulak duit tu sampai kemana?Nak kencing biarlah bertempat sikit.....

DEBAT DENGAN PAS TIADA GUNANYA...DALAM HATI PUAK PAS SEMUANYA SALAH UMNO JUGAK..

Image
Ahmad Said menegaskan beliau tidak akan melayan hasrat Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut untuk berdebat dengannya bagi membincangkan isu setempat berkaitan negeri Terengganu.Menurutnya, cabaran tersebut tidak akan disahutnya bukan kerana takut sebaliknya beliau melihat tiada sebarang kepentingan atau faedah untuk berbuat demikian kerana Pas akan tetap mengatakan Umno dan BN sebagai penipu. “Kita tidak akan layan cabaran tersebut kerana ia tiada faedah. Saya tidak takut untuk adakan debat dengan pemimpin Pas kerana dahulupun saya merupakan seorang pemidato.“Cukuplah sekadar debat sewaktu Dun bersidang kerana walaupun selama ini kita memberitahu perkara yang betulpun, mereka tetap akan kata kita menipu serta memutar belit cerita sebenar kepada rakyat. “Bila ajak debat bersungguh- sungguh tetapi bila diajak muzakarah, macam-macam alasan dan cerita yang timbul.Daripada ajak debat, lebih baik muzakarah tetapi sebaliknya pula yang berlaku,” INILAH PERANGAI PUAK PUAK PAS,...

Nampak Pelesit atas siling Dalam PAS ada Juga Parasit ..Ha Ha Ha

Image
KULIM - Seorang tukang kayu yang sedang membaik pulih siling asrama sebuah sekolah di sini, terkejut apabila ternampak satu lembaga di atas siling.Dia yang tidak mahu dikenali berkata, dia segera merakamkan imej lembaga itu yang ketika itu berdiri dan memerhatikannya.Dia kemudiannya memaklumkan kepada Sinar Harian berkenaan kejadian terbabit.Menurutnya, ketika gambar itu diambil, lembaga misteri berukuran 15 sentimeter tinggi itu seakan-akan sedang bergayut. “Apabila imejnya sekali lagi cuba dirakamkan ia terbang dan hilang,” katanya.Imej itu kemudiannya ditunjukkan kepada seorang pengamal perubatan tradisional.Pengamal perubatan itu berkata, lembaga itu adalah pelesit yang tinggal di atas bumbung asrama terbabit.Menurutnya, pelesit digunakan sebagai alat perantaraan dan boleh dijadikan orang suruhan serta sering digunakan oleh pengamal perubatan yang mengamalkan ilmu sihir.“Pelesit ini mempunyai keluarganya sendiri. Kadang-kadang ia bertiga dan adakalanya ia hidup berlima.“Pelesit j...

Batu Asas Jambatan Palekbang yg dijanjikan oleh POK NIK 16 tahun yang lalu ... hanya tinggal batu

Image
Janji tinggal Janji saja lah nampaknya...Sudah terbukti Jambatan lama belum terlaksanakan lagi,inikah pulak Janji Baru untuk "RAKYAT"Lihatlah BATU ASAS MASIH ADA LAGI TU.''Akan tiba satu zaman di mana yang benar dikatakan bohong, yang bohong dikatakan benar. Amanah dikatakan khianat, khianat dikatakan amanah. Akan muncul pada zaman itu golongan 'Ruwaibidhoh' iaitu orang yang jahil tentang agama bercakap mengenai urusan manusia.''

Video....PKR kena Sembur Dengan Penduduk Yang Tak Berpuas hati

Image
Tambah Sikit He he he...Panassss beb

Pembinaan lebuh raya "POLITIK RAKYAT"

Image
Pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai sepanjang 73 kilometer bernilai RM1.8 bilion yang hendak dibangunkan oleh kerajaan Pas Kelantan mula menimbulkan pelbagai kontroversi.Kerajaan PAS syarikat yang dilantik untuk menjayakan projek tersebut, Menta Construction Sdn. Bhd. merupakan Ahli Lembaga Pengarah kepada syarikat Genting Berhad yang diterajui bukan anak jati negeri ini. ia bertentangan dengan tindakan Pas selama ini mendakwa kerajaan Pusat menggunakan duit haram membangunkan negara ini kerana wang itu kononnya diambil daripada Genting Berhad yang memiliki kasino di Genting Highlands. "Kenapa selama ini mereka mendakwa Barisan Nasional (BN) menggunakan wang haram dalam pengurusan negara kerana sumber diperolehi adalah melalui duit judi, sedangkan syarikat dilantik ini juga diterajui oleh salah seorang individu penting dalam syarikat itu.

Berundurlah Nik Aziz...Nik Aziz Mahu Pegang MB Sepanjang Hayat Lah...

Image
Nik Aziz semakin hari semakin merapu merasakan dirinya hebat dan ramai peminat.Dulu Nik Aziz menuduh Tun Mahathir..... sudah lah Mahathir letaklah Jawatan sebagai PM tu sudah lama tapi Sekarang terkena balik pada batang Hidung Nik Aziz sendiri...Kenapa Diam?Inilah pemimpin Politik yang giler Jawatan?Kalaulah merasakan diri tidak kuat lagi...bagilah kepada yang lebih muda..Ini tidak terserahlah kepada ahli ahli lain dalam PAS ha ha ha nampak sangat mahu duduk lagi dalam Jawatan.Nak tunggu kerajaan Kelantan dan PAS stabil dulu barulah mahu berhenti....1 M takut saja....Belum sempat Nik Aziz Berundur,Kerajaan PAS di Kelantan tumbang....lagi Malu Nik Aziz...

Arahan Anwar bukan luar biasa..."Anwar Jadi PM Kuku Besilah Nampaknya"

Image
Menurut Dr. Mahathir, Anwar ketika didakwa di mahkamah sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri pada penghujung 1990-an, pernah mengarahkan polis untuk menakutkan beberapa saksi yang terlibat dalam pertuduhan salah guna kuasa dan liwat dihadapinya. "Kalau dia mengarah itu bukan sesuatu yang luar biasa kerana dia biasa mengarah pegawai polis untuk menakutkan orang, itu pun dia biasa buat juga. "Dia (Anwar) suruh polis 'gempaq' (menakutkan) pakar pergigian, (Allahyarham) Dr. Ristina Majid dan Ummi Hafilda (adik Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali) yang terlibat dalam perbicaraan. Dia guna kuasa polis dengan cara salah," Ini Belum lagi jadi PM Malaysia nampaknya...Bercakap dalam ceramah politiknya sering kali dikatakan UMNO RASUAH menjaga kepentingan peribadi untuk UMNO lah...RUPA RUPA PANAS TIDAK BERPANJANGAN RUPA RUPA HUJAN DI TENGAHHARI...ANWAR ANWAR...lagi macam bapak Rasuah dan Diktator.....Mulut nya cakap semuanya bagus diatas pentas politik....Orang yang me...

Azmin, isteri didakwa miliki aset RM30j... Mak Oiiii Banyaknya

Image
KUALA LUMPUR 30 Mei - Ahli Perniagaan, Ummi Hafilda Ali buat pertama kali mendedahkan salinan dokumen sebahagian aset yang dimiliki oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali serta isterinya, Shamsidar Taharin yang bernilai lebih RM3O juta. Dokumen berkenaan iaitu salinan pembelian syer saham, deposit bank, resit pembayaran perabot serta salinan penyata dalam beberapa akaun bank itu merupakan sebahagian harta yang dimiliki Azmin dan Shamsidar dalam tempoh dua tahun iaitu 1992 hingga 1994.

Mengapa Nizar digelar 'pembohong bersiri' Meroyan Dan Sakit Otak Kot?

Image
Muka tak tahu malu....Inilah puncanya DAP suka sangat dengan NIZAR ini..."BODOH"senang diarah...YB PAS ini otaknya mungkin ada lain sikitlah dengan gayanya.Lihatlah gambar tu NIZAR datang berada di BANNER tu tunjuk isyarat "BAGUS"sah Sakit Jiwa ni....

Video....Perkasa Mendesak Nizar Jamaluddin Memohon Maaf Kepada Sultan Johor

Image

VIDEO INGAT PADA KERAJAAN KEMUNGKINAN ADA RUSUHAN SELEPAS PRU 13...

Image

Gambar Dr Hasan Ali Roadshow Taman Medan - 30/05/12.

Image

Berhati-hati di jalan raya...Azmin Ali ada 47 saman trafik...Orang Kaya Nak Buat Macam Mana....

Image
Dicelah Azmin Ali tengah bersilat menghadapi isu dakwaan memiliki jutaan ringgit dan harta bertimbun masa jadi Setiausaha Sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di pejabat Timbalan Perdana Menteri dulu...ini ada satu hal lagi yang beliau perlu jawab.Ia bukan soal Shamsidar dan juga bukan bukan hal politik.Isunya soal disiplin diri seseorang dalam mematuhi undang-undang jalanraya. Rabu tersebar di internet senarai saman trafik yang YB Azmin kena setakat 25 Mei,2012.Jumlahnya bukan sedikit....47 saman.Semua saman itu belum dijelaskan.Saman-saman ini kena pada keretanya yang pakai nombor plat glamour BBM3.Ada kerana memandu laju dan ada kerana langgar papan tanda lalulintas.Sebagai wakil rakyat yang sepatutnya mengamalkan kepimpinan melalui teladan...ini sudah kira foul.

Anak Zaid Ibrahim ditahan...ANAK BAPAK SAMA SAJA

Image
SHAH ALAM - Anak bekas pemimpin politik kontroversi, Datuk Zaid Ibrahim ditahan semalam kerana terlibat menerbitkan buku berjudul Allah, Kebebasan dan Cinta tulisan penulis kontroversi, Irshad Manji . Ezra Zaid yang merupakan pengarah syarikat ZI Publications ditahan dalam satu operasi yang dijalankan oleh 20 pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Sebanyak 180 naskhah buku tersebut dirampas dalam operasi ke atas pejabat syarikat penerbitan tersebut yang terletak di Petaling Jaya, Selangor.

SELEPAS NIZAR ADA LAGI MEMPERTIKAI SULTAN... S.GOBI KRISHNAN

Image

Video...Ahli Parlimen Gopeng Membantah Pembinaan Sekolah Agama....MASYALLAH

Image

MB TERENGGANU SEMPOI SAJA BERSAMA SAMA DENGAN PENDUDUK....

Image
Alhamdulilah MB Terengganu ...Kalau macam ni lah gaya nya PAS untuk merampas Terengganu jauh lagi dari BUMI lah.Provokasi PAS ada hati mahu rampas Terengganu...Itulah Hj Hadi Tak Mahu bertanding lagi Di Terengganu....Payahnya untuk merampas Di Bawah Kerajaan Ahmad Said...Syabas diucapkan Pada MB Terengganu.....

PAS Perlu Bincang Dengan Kerajaan Persekutuan Bina Lebuh Raya - Ku Li

Image
GUA MUSANG: Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata kerajaan Kelantan pimpinan PAS dan kerajaan persekutuan perlu berbincang bagi pembinaan lebuh raya antara Kota Baharu ke Kuala Krai, untuk mengelak pertindihan dalam pelaksanaan projek itu.Beliau berkata terdapat cadangan supaya kerajaan persekutuan membina lebuh raya yang menghubungkan Kota Baharu, Kuala Krai, Gua Musang di Kelantan hingga ke Bentong di Pahang."Semasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Gua Musang pada 4 Mei lepas, saya mencadangkan supaya kerajaan persekutuan membina lebuh raya itu dan mendapat respon baik daripada perdana menteri," katanya kepada pemberita selepas majis perjumpaan dengan Anggota Jawatankuasa MCA bahagian Gua Musang di sini, Rabu.Razaleigh mengulas mengenai Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merasmikan majlis pecah tanah pembinaan lebuh raya rakyat tanpa tol dari Kota Baharu ke Kuala Krai dua hari lepas.Lebuh raya dua lorong sehala it...