Jeng...Jeng SPRM buka semula siasatan kes Azmin Ali
Panel Penilai Operasi SPRM meminta agensi penguatkuasaan tersebut membuka kemabali kes membabitkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM, Tan Sri Dr. Hadenan Abdul Jalil memberitahu arahan supaya kertas siasatan kes tersebut diteliti semula oleh SPRM dikeluarkan hari ini.
Sebelum ini, blogger Raja Petra Raja Kamaruddin bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengarahkan agensi itu agar kes rasuah jutaan ringgit membabitkan beliau ditutup.
Arahan itu dikatakan diberikan 17 tahun lalu ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri. Ketika itu agensi itu dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR).
Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali yang turut hadir dalam sidang media tersebut tidak menolak akan memanggil Azmin dan Anwar jika keterangan dari mereka dikehendaki.
Semalam, Azmin berkata, beliau telah memberi kerjasama kepada BPR dan siasatan telah dijalankan terhadapnya ketika itu.

Comments