Rumah PPR kini boleh dibeli golongan berpendapatan rendah

Kabinet telah bersetuju dengan cadangan untuk membuka permohonan bagi penjualan unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) kepada golongan berpendapatan rendah khususnya di Kuala Lumpur dan Selangor, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung.
Bernama melaporkan beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi mengurangkan beban yang ditanggung Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam menguruskan kediaman berkenaan."Kabinet semalam meluluskan permintaan saya untuk menjual unit PPR kepada pemohon yang layak daripada membiarkan Pihak Berkuasa Tempatan menguruskannya.

"Pihak Berkuasa Tempatan mendapati sukar untuk mengurus PPR kerana banyak fi sewaan dan penyeliaan tidak dibayar pada masanya oleh penduduk," katanya kepada pemberita selepas melancarkan komponen ketiga pembangunan di i-City di sini hari ini.Namun Chor berkata, pemohon yang ingin membeli kediaman PPR harus mengikut syarat yang ditetapkan iaitu mempunyai pendapatan di bawah RM2,500 sebulan, telah berkahwin dan tidak mempunyai rumah lain serta pemastautin tetap di Selangor dan Kuala Lumpur.Permohonan boleh dibuat menerusi sistem terbuka PBT berkaitan, katanya.Beliau berkata harga PPR yang bakal dijual berharga RM35,000 seunit termasuk PPR Lembah Subang, Selangor yang bakal dibina kira-kira 1,500 buah unit

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana