Posts

VistaJet sahkan jet patut diguna Dr Mahathir cuma alami isu teknikal biasa…

Image
Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad nak cakap banyak lagi pasal dakwaan jet peribadi yang patut digunanya ke Langkawi Jumaat konon disabotaj sila rujuk kepada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh VistaJet International.   VistaJet ialah syarikat yang kendali sewa pesawat peribadi yang beroperasi di serata dunia.   Gara-gara isu dakwaan Dr Mahathir syarikat berkenaan telah mengeluarkan kenyataan ringkas berkaitan hasil siasatan yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) keatas jet berkenaan.   Syarikat itu mengesahkan hasil siasatan CAAM itu bahawa ia cuma isu teknikal biasa yang tidak langsung menjejaskan keselamatan.   Katanya sebuah jet lain telah diganti untuk penuhi jadual pelanggan berkenaan yakni Dr Mahathir.   Hasil siasatan CAAM dapati isu teknikal cuma pada angin tayar depan sebelah kiri.   Ia juga dapati tiada langsung apa-apa tanda sebotaj pada pesawat berkenaan.

Khairy akan ambil tindakan undang-undang terhadap Rafizi...

Image
Saya akan mengambil tindakan (undang-undang) terhadap Naib Presiden PKR Rafizi Ramli atas tuduhan beliau bahawa saya bersekongkol dan bertanggungjawab atas tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menghalang calon PKR Dr S. Streram masuk ke pusat penamaan calon semalam," kata Pengerusi Pemuda Barisan Nasionai (BN) Khairy Jamaluddin.   Beliau berkata sebelum ini macam-macam Rafizi cakap tidak baik tentang dirinya dan beliau boleh 'lepaskan' namun pada kali ini tidak boleh diterimanya kerana ia membabitkan integriti Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).   Khairy yang juga ketua Pemuda UMNO dan calon Barisan Nasional (BN) di kawasan Parlimen Rembau pada PRU14 ini berkata tindakan Rafizi yang menyebarkan tuduhan dan berita palsu itu dalam Facebook dan Twitternya itu adalah satu kesalahan mengikut Akta Antiberita Tidak Benar 2018.   Semalam Pemuda UMNO telah membuat laporan polis terhadap Rafizi bagi disiasat dan diambil tindakan kerana memfitnah, kata Khairy yang ju...

SAMPAI BILA WANITA MELAYU DAP SANGGUP DIPERBODOHKAN OLEH DAP DAN PAKATAN HARAPAN

Image
Ramai orang Melayu seperti Dyana Sofea, Syerleena Rashid, Jamaliah Jamaluddin dan Syefura Othman telah memperbodohkan diri mereka sehinggakan sanggup diperdayakan oleh DAP sendiri. Wanita-wanita Melayu sanggup menegakkan apa sahaja yang diperkatakan oleh DAP walaupun mereka tahu perbuatan yang mereka lakukan adalah salah kerana cuba menegakkan perkara yang salah. DAP hanya mempergunakan dan memperdayakan wanita-wanita Melayu seperti Dyana Sofea, Syerleena Rashid, Jamaliah Jamaluddin dan Syefura Othman untuk menarik undian dan sokongan orang Melayu. Kita mempersoalkan sampai bila wanita Melayu sanggup dipergunakan dan diperbodohkan oleh DAP? Wanita Melayu menyokong DAP semuanya disebabkan oleh wang, harta, kekuasaan dan pengaruh semata-mata. Kita sebagai orang Melayu janganlah mengikut jejak langkah Wanita Melayu yang sanggup diperbodohkan dan dipergunakan oleh DAP semata-mata. Kita seharusnya sedar bahawa kita akan sesat jika menyokong Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP. Jan...

KES MATA LEBAM ANWAR UMPAMA FILEM TAMIL- HADI

Image
Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan kes muka lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 umpama cerita dongeng dalam filem Tamil. Presiden PAS itu berkata demikian kerana mempersoalkan kesahihan insiden berkenaan sama ada benar-benar berlaku atau sekadar meraih simpati rakyat. Ini kerana kata Abdul Hadi, perkara itu berlaku ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri. Berdasarkan keadaan semasa antara Anwar dan Mahathir, Abdul Hadi mempersoalkan sama ada insiden berkenaan benar berlaku atau hanya lakonan semata-mata. “Sekarang guna simbol mata (lambang PKR), mata lebam biru, lebam merah, kena gocoh, bekas kena tumbuk. “Tiba-tiba yang kena tumbuk dan yang tukang tumbuk bersatu, …(jadi) kena tumbuk sungguh ke? Atau pura-pura saja? “Macam filem Tamil, kena sekali tumbukan, jatuh berguling-guling, yang tengok menangis sedih, padahal tidak ada apa-apa, satu lakonan saja,” katanya ketika berucap di Majlis Pengisytiharan Calon PAS Kelantan di Dataran Sta...

GAUM AKAN JELAJAH KEMPEN TOLAK TUN M, SHAFIE

Image
Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM) bakal memulakan siri jelajah ceramah PRU14 bertajuk ‘Tolak Shafie dan Tun Mahathir’ di seluruh Sabah. Kempen dengan kerjasama BN Kudat sepanjang 16 hari menjelang hari pembuangan undi pada 9 Mei akan bermula di Parlimen Kudat dan berakhir di Tawau. Pengerusinya, Datuk Zulkarnain Mahdar berkata kempen ini akan mendedahkan betapa bahayanya mengundi Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Tun Dr Mahathir Mohamad. “Ini disebabkan janji membantu Sabah amat meragukan berdasarkan pengalaman lalu kedua-dua pemimpin itu sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan. Tambah beliau, ia juga bakal memberi penjelasan mengenai kegagalan Shafie membantu rakyat negeri sepanjang menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah selama lima tahun. “Dengan peruntukan sebanyak RM20 billion untuk luar bandar dan RM7.5 billion diperuntukkan khusus untuk Sabah, jelas terbukti sasaran membantu rakyat gagal terlaksana. “Ini terbukti kerana masih banyak jalan raya peng...

KEMENANGAN BN BERMULA DI PASIR GUDANG

Image
Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengingatkan kesemua jentera parti untuk bekerja keras bagi menjamin kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Pada masa sama, beliau yang akan bertanding di kerusi Parlimen Pasir Gudang dan mempertahankan kerusi DUN Permas melahirkan keyakinan bahawa penduduk setempat tidak akan membiarkannya kalah kepada pembangkang. “Pembangkang meletakkan calon-calon luar yang nombor kad pengenalannya bukan ‘01’ untuk bertanding di Pasir Gudang. “Tetapi, saya yakin dengan orang Pasir Gudang tidak akan membiarkan saya tewas di tangan orang luar ini,” katanya ketika berucap di majlis memperkenalkan calon BN bagi Parlimen Pasir Gudang, DUN Permas dan DUN Johor Jaya, di Johor Bahru, Khamis malam. Pengerusi BN Johor itu turut menjangkakan PRU14 merupakan pilihan raya umum paling sengit yang mesti dimenangi seluruh parti komponen BN di negeri itu. “Kemenangan BN di Johor mesti bermula di Pasir ...

MB Perak Nafi Laporan Ustaz Kazim Bertanding Bebas

Image
SITIAWAN – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini menafikan laporan menyebut penceramah, Datuk Mohd Kazim Elias akan bertanding calon bebas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei. Zambry berkata perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Ustaz Kazim melalui mesej kepadanya selepas berita itu dilaporkan sebuah akhbar tempatan hari ini. “… itu perkara tidak benar. Datuk Ustaz Kazim mengatakan beliau tidak tahu siapa yang mereka (cerita) atau membaca yang tersirat, walhal dia tidak bermaksud begitu. “Beliau memang suka buat ayat-ayat biasa yang menyeronokkan (dalam media sosial) tetapi ada orang lain mentafsir sebaliknya. Jangan percaya apa yang disebutkan (khabar angin),” katanya. Zambry berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyampaian Surat Tawaran Kelulusan Lot Rancangan Perumahan Terancang (RPT) Kampung Sungai Tiram Lekir di sini hari ini. Sebuah akhbar hari ini melaporkan Ustaz Kazim bersama dua abangnya, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Larut, Dat...