KES MATA LEBAM ANWAR UMPAMA FILEM TAMIL- HADI

Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan kes muka lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 umpama cerita dongeng dalam filem Tamil.

Presiden PAS itu berkata demikian kerana mempersoalkan kesahihan insiden berkenaan sama ada benar-benar berlaku atau sekadar meraih simpati rakyat.

Ini kerana kata Abdul Hadi, perkara itu berlaku ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Berdasarkan keadaan semasa antara Anwar dan Mahathir, Abdul Hadi mempersoalkan sama ada insiden berkenaan benar berlaku atau hanya lakonan semata-mata.

“Sekarang guna simbol mata (lambang PKR), mata lebam biru, lebam merah, kena gocoh, bekas kena tumbuk.

“Tiba-tiba yang kena tumbuk dan yang tukang tumbuk bersatu, …(jadi) kena tumbuk sungguh ke? Atau pura-pura saja?

“Macam filem Tamil, kena sekali tumbukan, jatuh berguling-guling, yang tengok menangis sedih, padahal tidak ada apa-apa, satu lakonan saja,” katanya ketika berucap di Majlis Pengisytiharan Calon PAS Kelantan di Dataran Stadium Sultan Muhammad IV , Kota Bharu di sini, Rabu, malam.

Sementara itu, Abdul Hadi juga berkata, pertukaran calon PAS di kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana-mana negeri termasuk Kelantan adalah perkara biasa.

Abdul Hadi berkata, ia adalah strategi bagi mengukuhkan lagi pengaruh serta sokongan rakyat kepada parti itu.

“(Calon di Kelantan) ada gabungan muka baru dan lama dan pertukaran dari DUN ke Parlimen serta Parlimen ke DUN adalah biasa, …Presiden PKR (Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail) juga pindah lagi jauh dari tempat dia,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana