Kajang: Mission Impossible selalunya berjaya... - Ahmad Maslan
Ketika ramai beranggapan pilihanraya kecil DUN Kajang merupakan mission impossible untuk Barisan Nasional menang, ini diambil kira, majoriti 6,824 yang dimenangi oleh PKR dalam PRU 13 lalu. Untuk DUN yang mempunyai 39,278 pengundi, majoriti hampir tujuh ribu itu agak besar... sebab itu ramai yang anggap ini mission impossible untuk BN menang. Dalam PRU13, calon PKR Lee Chin Cheh mendapat 19,571 undi berbanding calon Barisan Nasional Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi. PKR menang dengan majoriti 6,824 undi. Tapi bagi Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan yang telah turun ke DUN Kajang sepuluh kali sejak diumumkan kosong... mission impossible selalunya berjaya. Katanya, jika ikut filem Hollywood popular Mission Impossible, semua misi mustahil tersebut berjaya. "Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim kalah (di Kajang) itu pukulan terhebat kepada beliau. Ia bukan perkara mustahil. Mission impossible selalunya berjaya..."ujarnya. Beliau berkata demikian dalam sidang ...