Perang Terbuka Anwar dan Khalid Meletus

PETALING JAYA 26 Feb - Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini menghadapi pergolakan lebih besar selepas 'perang' tercetus antara Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Perbalahan tersebut tercetus apabila sebuah laporan dari Pusat Pilihan Raya dan Demnokrasi Universiti Malaya (UM) mendakwa penduduk Kajang mendesak Khalid meletakkan jawatan dan digantikan kepada Anwar.

Jelas Khalid, kajian tersebut tidak tepat dan ianya merupakan permainan perang psikologi Anwar menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang dengan memberikan tanggapan buruk terhadapnya.

Menteri Besar itu dikatakan telah bersedia untuk menghadapi ancaman dari Ketua Pembangkang itu dan tinjaun oleh UM adalah tidak tepat.

Sejak pencalonan Anwar pada PRK Kajang, Khalid lebih banyak bersikap berdiam diri dan ini menjadi kelebihan kepada Anwar serta Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang turut dikatakan mempunyai masalah bersama Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu.

Perbalahan ini lebih jelas apabila Khalid yang juga Pengarah PRK Kajang bagi Pakatan Rakyat (PR) lenih banyak menumpukan perhatian kepada tugasnya sebagai Menteri Besar berbanding memberi tumpuan kepada pengundi Kajang.

Kini, gerak geri Khalid menjadi perhatian media lebih-lebih lagi ketika perjumpaan bersama pemimpin PKR dimana Menteri Besar itu dilihat 'kurang selesa'.

Parti mengetahui pergolakannya bersama Anwar bukanlah perkara enteng tetapi Khalid tidak akan beralah dengan mudah sungguhpun mengetahui beliau tidak akan dapat mengatasi Ketua Pembangkang itu walau apa jua cara sekalipun.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana