Malaysia Jadi Tumpuan Bintang Sukan Ternama Dunia

KUALA LUMPUR 26 Feb - Penganjuran Anugerah Dunia Sukan Laureus 2014 bakal menghimpunkan kesemua bintang sukan ternama daripada seluruh pelusuk dunia yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 26 Mac nanti.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, penganjuran majlis yang bertaraf lima bintang merupakan satu penghargaan buat Malaysia bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

"Ini adalah satu penghargaan buat Malaysia dengan penganjuran anugerah berprestij dunia sukan Laureus pada tahun ini bersempena dengan sambutan besar-besar Tahun Melawat Malaysia 2014.

"Dengan penganjuran majlis anugerah ini, adalah platform terbaik untuk memperkenalkan Malaysia kepada seluruh pelusuk dunia. Saya boleh berjanji kepada siapa yang datang ke Kuala Lumpur atau Malaysia, mereka akan alami satu pengalaman menarik di bandar ini," katanya ketika berucap pada Majlis Penamaan Calon Anugerah Dunia Sukan Laureus 2014 di Hotel Shangri La Kuala Lumpur, hari ini.
 alt
Turut hadir sama pada majlis ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif Anugerah Sukan Dunia Laureus, Guy Sanan, Pengarah Acara Anugerah Sukan Dunia Laureus, Guy Watson, Timbalan Setiausaha Kementerian Pelancongan, Rashidi Abdullah, Pengurus Besar Tahun Melawat Malaysia 2014, Norhayati Awang, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Rakyat 1Malaysia, Bekas Pengurus Pasukan Tottenham Hotspur, Andre Villa Boas, Bekas Pemain Chelsea, Mackay Desi dan Bekas Pelumba MotoGP, Mc Doohan.

Tambah Nazri, sukan pelancongan adalah salah satu produk kepada industri perlancongan yang dipromosikan oleh Malaysia.
alt
"Saya gembira untuk memberitahu serta merta bahawa selepas majlis anugerah ini, Malaysia akan menjadi hos kepada Pelumbaan Kereta Formula 1 di sepang, ini bermakna satu jangka masa yang akan memberi perasaan mengujakan buat peminat sukan di Malaysia,"katanya lagi.

Anugerah Dunia Sukan Laureus ke-15 ,yang memberi penghargaan terhadap pencapaiaan sukan sepanjang kalender 2013, ia juga adalah majlis penghargaan perdana dalam kalender sukan antarabangsa.

Sebanyak tujuh kategori dipertandingkan iaitu Atlet Lelaki Tahunan Laureus, Atlet Sukan Wanita Terbaik Tahunan Laureus, Pasukan Terbaik Tahunan Dunia Sukan Laureus, Pencapaian Terbaik Tahunan Dunia Sukan Laureus, Kemunculan Semula Terbaik Tahunan Laureus, Atlet Sukan Kurang Upaya Terbaik Tahunan Laureus dan Aksi Terbaik Tahunan Dunia Sukan Laureus.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana