Posts

Desakan Tolak PAS: Pemimpin PAS Berang Kenyataan Timbalan Pengerusi DAP Johor

Image
JOHOR BAHRU, 29 April - Timbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez yang sebelum ini menggesa pengundi menolak PAS, sekali lagi melontarkan kata-kata pedas apabila melabelkan Ketua Penerangan Pemuda PAS, Suhaizan Kayat sebagai 'fanatik agama'. Beliau mengingatkan pengundi bahawa Suhaizan telah membuat deklrasi yang melarang orang Islam mengucapkan ‘Selamat Hari Krismas’ kepada orang Kristian. Fernandez mengulangi amarannya beliau akan terus meluahkan pendapat peribadinya dalam isu sensitif seperti pelaksanaan hudud dan isu semasa. "Ini adalah demokrasi dan setiap orang bebas menyuarakan pendapat mereka. Sekiranya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa boleh menyatakan pendirian mereka, kenapa tidak saya?," soalnya Fernandez. Timbalan Pengerusi DAP Johor berkata DAP perlu sedar PAS tidak lagi jujur, dan mereka bukannya rakan Pakatan Rakyat yang berdaya maju dan mereka perl...

Kenyataan Panas....Seru jangan sokong PAS, DAP tidak ambil tindakan

Image
JOHOR BAHRU: DAP tidak akan mengambil apa-apa tindakan tatatertib terhadap Naib Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez berhubung kenyataannya yang menggesa rakyat negeri itu tidak mengundi PAS. Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau berkata beliau telah menghantar khidmat pesanan ringkas (sms) kepada Norman dan menasihatinya agar mendapatkan nasihat bishop mengenai perkara tersebut. Bagaimanapun Boo berkata, Norman tidak membalas kembali sms tersebut. "Dalam sms saya nasihatkan beliau sekarang adalah waktu kritikal untuk masa depan negara kita. "Saya juga nasihatkan beliau dapatkan nasihat daripada bishop. Dia tidak mewakili penganut agama katolik yang lain," katanya pada sidang media di Bilik Gerakan DAP, Taman Ungku Tun Aminah, di sini, hari ini. Mengulas lanjut, Boo berkata kenyataan Norman itu hanyalah pandangan peribadi beliau dan tidak mengggambarkan pendirian parti. Justeru katanya, DAP akan tetap bekerjasama dengan PAS di dalam Pakatan Rakyat. Dala...

DAP ugut tangkap Dr. Mahathir Jika Menang PRU 13 Nanti...Bukankah Angkuh dan Bongkah Namanya Tu

Image
KLUANG 28 April - Pengerusi DAP, Karpal Singh mengugut untuk menangkap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan menghadapkannya ke mahkamah kerana mengeluarkan kata-kata hasutan dengan menuduh Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai perkauman. "Bila kami (pakatan pembangkang) memerintah nanti, kami akan tangkap Mahathir dan hadapkannya ke mahkamah kerana menuduh Kit Siang sebagai rasis (perkauman). "DAP parti berbilang kaum, mereka kata kami parti orang Cina, saya nak jelaskan saya bukan orang Cina dan boleh jadi Pengerusi DAP," katanya dalam ceramahnya di sini, malam tadi. Beliau turut mengugut untuk memecat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail yang didakwanya sebagai tidak berkaliber. Selain itu, Karpal turut menuduh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak mengikut undang-undang semasa menerima Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak bagi menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. "Pada 2008, kami menang lima ne...

PRU-13: Pas guna nombor akaun bank parti kutip tabung Lahad Datu

Image
NILAI 29 April - Rakyat seharusnya menilai sendiri sikap Pas yang mengaku memperjuangkan Islam tetapi sanggup memperdayakan orang ramai terutama ahli-ahlinya untuk menderma kepada tabung yang kononnya untuk tabung perajurit Lahad Datu tetapi sebenarnya menggunakan nombor akaun bank parti tersebut. Presiden Pertubuhan Alumni Majlis Belia Malaysia, Negeri Sembilan, Khaidir Jamal memberitahu, ia diketahui oleh orang ramai yang ingin menyumbang kepada tabung dengan nama khusus Tabung Perajurit Tragedi Lahat Datu nombor akaun Maybank 564025400414 itu. Bagaimanapun, katanya, apabila wang sumbangan dimasukkan ke mesin pendeposit wang (CDM) Maybank dan menekan nombor akaun tersebut, ternyata ia bukan nombor akaun tabung berkenaan sebaliknya tertera nama Parti Islam Semalaysia. Menurutnya, perbuatan Pas itu sebenarnya menipu rakyat kerana tabung itu dilancarkan oleh Dewan Pemuda Pas Pusat dan dipromosikan dalam portal rasmi parti itu, Harakah Daily sejak Mac lalu tanpa menyatakan bahaw...

Video Panas!!!!! Blogger Kickdafella Cabar Husam Musa

Image

Video Ceramah Umum PRU 13 : Pembongkaran Ustaz Rujhan Abd Rahman Terhadap PAS Di Putrajaya

Image

Penceramah PKR maut nahas di Shah Alam

SHAH ALAM: Seorang penceramah dari PKR maut selepas kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok dalam kejadian di Jalan Senangin 17/2, Seksyen 17 di sini malam tadi. Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku pada pukul 10.30 malam ketika mangsa, Suhaimi Hassan, 59, yang memandu sebuah Proton Wira, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Seksyen 19 selepas selesai menyampaikan ceramah di Seksyen 17 di sini. "Siasatan mendapati mangsa diserang sakit jantung ketika sedang memandu. Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan jenazah telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk dibedah siasat," katanya. Tambahnya, keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai kejadian.