Desakan Tolak PAS: Pemimpin PAS Berang Kenyataan Timbalan Pengerusi DAP Johor


JOHOR BAHRU, 29 April - Timbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez yang sebelum ini menggesa pengundi menolak PAS, sekali lagi melontarkan kata-kata pedas apabila melabelkan Ketua Penerangan Pemuda PAS, Suhaizan Kayat sebagai 'fanatik agama'.

Beliau mengingatkan pengundi bahawa Suhaizan telah membuat deklrasi yang melarang orang Islam mengucapkan ‘Selamat Hari Krismas’ kepada orang Kristian.

Fernandez mengulangi amarannya beliau akan terus meluahkan pendapat peribadinya dalam isu sensitif seperti pelaksanaan hudud dan isu semasa.

"Ini adalah demokrasi dan setiap orang bebas menyuarakan pendapat mereka. Sekiranya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa boleh menyatakan pendirian mereka, kenapa tidak saya?," soalnya Fernandez.

Timbalan Pengerusi DAP Johor berkata DAP perlu sedar PAS tidak lagi jujur, dan mereka bukannya rakan Pakatan Rakyat yang berdaya maju dan mereka perlu mempunyai keberanian untuk mengakuinya.

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harus Taib berkata kenyataan Fernandez itu 'satu langkah terkebelakang' untuk Pakatan Rakyat.

"Apa yang dia cakap tidak masuk akal, kerana PAS dan DAP merupakan rakan dalam Paktatan Rakyat dan kita sentiasa bersatu padu," katanya.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pula menyifatkan kenyataan Fernandez itu merupakan satu cubaan untuk menakut-nakutkan pengundi Cina di Johor daripada menyokong parti itu.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub turut menolak kenyataan Fernandez, beliau menyifatkan ia sebagai pendapat peribadi dan tidak bukan pendirian DAP Johor.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana