Kenyataan Panas....Seru jangan sokong PAS, DAP tidak ambil tindakan


JOHOR BAHRU: DAP tidak akan mengambil apa-apa tindakan tatatertib terhadap Naib Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez berhubung kenyataannya yang menggesa rakyat negeri itu tidak mengundi PAS.

Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau berkata beliau telah menghantar khidmat pesanan ringkas (sms) kepada Norman dan menasihatinya agar mendapatkan nasihat bishop mengenai perkara tersebut.

Bagaimanapun Boo berkata, Norman tidak membalas kembali sms tersebut.

"Dalam sms saya nasihatkan beliau sekarang adalah waktu kritikal untuk masa depan negara kita.

"Saya juga nasihatkan beliau dapatkan nasihat daripada bishop. Dia tidak mewakili penganut agama katolik yang lain," katanya pada sidang media di Bilik Gerakan DAP, Taman Ungku Tun Aminah, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Boo berkata kenyataan Norman itu hanyalah pandangan peribadi beliau dan tidak mengggambarkan pendirian parti.

Justeru katanya, DAP akan tetap bekerjasama dengan PAS di dalam Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menambah, parti itu masih tetap berpegang teguh dengan pendirian asal sebelum ini berhubung isu pelaksanaan hukum hudud.

Katanya, Malaysia adalah negara yang tidak sesuai untuk melaksanakan hukum hudud kerana masyarakat yang berbilang kaum.

"Hudud tidak sesuai untuk negara kita. Kita cuma cakap, untuk Malaysia hudud tidak sesuai. Itu sangat jelas," katanya.

Sebuah akhbar bahasa inggeris hari ini melaporkan Norman menggesa rakyat Johor agar tidak mengundi PAS kerana yakin parti itu tidak ikhlas dalam perjuangannya bersama Pakatan.

Norman juga mendesak DAP agar keluar daripada Pakatan selagi PAS masih menjadi anggota pakatan pembangkang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana