Posts

Cukai 6 peratus caj telefon prabayar ditangguh

Pelaksanaan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar ditangguhkan sehingga kajian mengenainya selesai. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, keputusan tersebut dicapai setelah beliau mengadakan pertemuan bersama beberapa syarikat telekomunikasi di sini hari ini. Menurutnya, kajian berhubung caj tersebut akan dilakukan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan syarikat komunikasi terlibat

20,000 hadiri Majlis Aidilfitri Malaysia di lubuk pembangkang Permatang Pauh...PM kata rasa macam nak pilihanraya esok

Image
Tengahari Ahad,perhatian bertumpu ke Permatang Pauh,bila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melangkah ke lubuk pembangkang itu untuk menghadiri Majlis Aidilfitri Malaysia. Ini pertama kali majlis peringkat nasional itu diadakan di Pulau Pinang apa lagi di kawasan parlimen yang diwakili oleh Datuk seri Anwar Ibrahim. Kebimbangan awal tentang kehadiran pada majlis berkenaan timbul bila hujan lebih berterusan sejak awal pagi hingga sekitar jam 10 bila ia mula reda. Sekali kawasan padang majlis berkenaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu dipenuhi takungan air dan berlumpur sana sini orangramai berpusu-pusu datang hingga kemuncaknya mencecah sekitar 20,000. Jumlah berkenaan melebihi anggaran asal pihak penganjur. Dalam pada itu pihak pembangkang tidak kurang cuba nak tumpang semangkuk dengan memasang bendera parti dan kain sepanduk sekitar kawasan berkenaan. Sekitar 30 orang yang memakai baju kuning berkumpul dekat kawasan itu cuba memasuki majlis.Namun pol...

Mat Sabu Oh Mat Sabu Tim.Presiden PAS.

Image
1 Malaysia merasakan selepas menang dalam Tim.Presiden PAS ni..Mat Sabu buat kenyataan yang bermacam macam propaganda sehingga hari ini.Selepas satu,satu masalah timbul.Isu yang paling besar adalah Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lepas, Mohamad Sabu dilaporkan berkata pengganas komunis yang membunuh dengan kejam anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.Ha ha ha ha sehingga Hari ini belum nampak isu ini selesai. Inikah Tim.Presiden PAS?Terlalu jauh sekali nak dibandingkan dengan Nasaruddin.Mat Sabu akan dihukum oleh Ahli ahli PAS sendiri jika mengeluarkan kenyataan isu sensitif. Jadi, sekarang ni Pakatan berada dalam keadaan yang amat nazak dan tenat disebabkan mulut longkang Mat Sabu. Tak payah lah ahlul-ahlul PAS dan PKR nak pusing macam mana pun untuk salahkan UMNO.. Sebab sekarang ni zaman dah maju.. Bukti video ucapan Mat Sabu terang-terang sokong komunis.. Tunggu la...

Aduhai Nik Aziz: Usaha UMNO tidak berfaedah

Image
1 Malaysia merasakan PAS sudah rasanya partinya semuanya elok berbanding parti UMNO.Kenapa rasa tergugat ker kenyataan UMNO itu? Pas menyifatkan usaha UMNO Kelantan untuk menawan negeri ini daripada Pas tidak akan mendapat balasan yang baik di akhirat kerana ia tidak selari dengan kehendak Islam. Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, UMNO boleh meletakkan apa sahaja sasaran kerusi untuk dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) tetapi usaha mereka itu tidak berfaedah di mata agama. Malah beliau yang juga Mursyidul Am Pas secara sinis berkata, jika UMNO yakin boleh menang 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan mendapat kerusi majoriti di Kelantan, maka Pas pula akan menang 60 kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan bersama pakatan pembangkang di peringkat pusat. “Kita hendak menang Parlimen 60 kerusi, (segala usaha) langsung tidak ada faedah untuk akhirat melainkan dengan Islam, UMNO kena faham duduk atas dunia ini bukan manusia buat, tapi A...

Kaji semula cukai perkhidmatan - PM

Image
Syabas PM kita Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  meminta syarikat-syarikat telekomunikasi mengkaji semula tindakan mereka  untuk mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus kerana ia  membebankan pengguna.

Video Jamal Adillah

Angkara MAT SABU Ahli PAS keluar Parti Masuk Umno

Image
Lebih 50 ahli Pas di daerah Padang Terap bertindak keluar parti dan menyertai UMNO kerana marah dengan kenyataan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu mengenai komunis dan tragedi Bukit Kepong. Mereka menyerahkan borang keanggotaan UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid, di sini hari ini. Wakil mereka, Ismail Abdullah, 60,  yang menjadi ahli Pas selama 35 tahun berkata, beliau bersama isteri serta tujuh anak mereka bertindak keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap pemimpin nombor dua Pas itu. "Saya tersinggung dan marah dengan kenyataan yang dibuat oleh Mat Sabu yang mengagung-agungkan komunis yang telah menyerang Tanah Melayu dan bukan anggota polis yang mati bertempur dengan komunis,” katanya kepada pemberita di sini. Katanya, beliau juga tidak teragak-agak menyertai UMNO kerana yakin parti itu berada di landasan perjuangan sebenar iaitu bagi menegakkan keadilan untuk rakyat di negara ini. Ismail berkata, beliau juga terkilan dengan per...