20,000 hadiri Majlis Aidilfitri Malaysia di lubuk pembangkang Permatang Pauh...PM kata rasa macam nak pilihanraya esok


Tengahari Ahad,perhatian bertumpu ke Permatang Pauh,bila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melangkah ke lubuk pembangkang itu untuk menghadiri Majlis Aidilfitri Malaysia.
Ini pertama kali majlis peringkat nasional itu diadakan di Pulau Pinang apa lagi di kawasan parlimen yang diwakili oleh Datuk seri Anwar Ibrahim.
Kebimbangan awal tentang kehadiran pada majlis berkenaan timbul bila hujan lebih berterusan sejak awal pagi hingga sekitar jam 10 bila ia mula reda.
Sekali kawasan padang majlis berkenaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu dipenuhi takungan air dan berlumpur sana sini orangramai berpusu-pusu datang hingga kemuncaknya mencecah sekitar 20,000.
Jumlah berkenaan melebihi anggaran asal pihak penganjur.


Dalam pada itu pihak pembangkang tidak kurang cuba nak tumpang semangkuk dengan memasang bendera parti dan kain sepanduk sekitar kawasan berkenaan.
Sekitar 30 orang yang memakai baju kuning berkumpul dekat kawasan itu cuba memasuki majlis.Namun polis telah menyekat mereka.
Malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya secara berjenaka berkata terasa suasana macam nak pilihanraya esok.
Hadir sama di majlis itu ialah Ketua Menteri Lim Guan Eng,Timbalan Ketua menteri Dr Mansor Othman dan sebilangan Exco kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Najib tiba di majlis itu dengan menaiki sebuah teksi.
Ketibaannya pada pukul 12 tengah hari disambut ribuan penduduk tempatan yang datang seawal 8 pagi, dengan diiringi paluan gendang pelbagai kaum dan komuniti 1Malaysia oleh kumpulan gendang tentera dan pelajar sekolah.


Turut mengiringi Perdana Menteri ialah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, barisan menteri kabinet dan pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri.
Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka 2011 anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) itu dimulakan dengan acara sentuhan rakyat oleh Perdana Menteri dan pemimpin BN dengan berkunjung ke rumah Norasmah Othman, 41, suri rumah yang terpaksa bekerja untuk menyara enam orang anak selepas suaminya menghidap penyakit kulit kronik.
Norasmah menerima bantuan untuk membaik pulih kediamannya daripada KPKK menerusi penyeliaan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan sumbangan daripada pelbagai pihak lain.
Hadirin disajikan dengan pelbagai juadah istimewa seperti nasi beriani daging, lemang, ketupat palas dan beberapa makanan lain serta kuih tradisional.
Perdana Menteri dan tetamu kehormat yang lain turut dihiburkan dengan persembahan artis terkenal tanah air seperti Datuk David Arumugam, Datuk Ahmad Jais, Uji Rashid dan Hail Amir, persembahan oleh kumpulan boria kanak-kanak dan persembahan watak Upin dan Ipin.
Najib kemudian menyampaikan penghargaan berupa wang tunai berjumlah RM10,000 dan sijil penghargaan kepada empat tokoh merdeka dari Pulau Pinang iaitu Datuk Seri Mohd Yusoff Latif, Datuk Md Noor Ahmad, Datuk A. Subramaniam dan Datuk Oon Choo Eng @ Choo Khye.
Selain itu, beliau menyampaikan sumbangan berupa bungkusan barangan keperluan kepada sepuluh orang yang kurang berkemampuan dan sumbangan 'netbook' 1Malaysia kepada 10 pelajar cemerlang

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana