Zambry bagi kuliah percuma pada Aziz Bari

``Orang Perak lebih tahu apa yang dia cakapkan itu, dia nak jentik-jentik saya supaya saya sambut dia (jawab),” begitulah komen ringkas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau yang juga Pengerusi BN Perak  enggan mengulas kritikan yang dilontarkan Calon Melayu dari DAP, Abdul Aziz Bari baru-baru ini dan menganggap ia sebagai sesuatu yang tidak perlu dilayan.

Zambry berkata, beliau lebih selesa untuk memberi fokus soal kebajikan rakyat serta pembangunan negeri Perak daripada melayan gaya politik yang diamalkan calon DAP itu.

Beliau optimis BN dapat rampas kembali kerusi Parlimen Parit Buntar, Dewan Undangan Negeri (DUN) Titi Serong dan Kuala Kurau dengan mempertaruhkan tiga calon muka baru yang berwibawa pada PRU 14 kali ini.

Menurut beliau, keyakinan ini bersandarkan pengalaman ketiga-tiga calon yang mampu memberi impak pembangunan dan perubahan di kawasan parlimen itu dan sekitarnya.

Katanya,  Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan kepakaran calon BN kerusi Dun Titi Serong, Norsalewati Mat Norwani dan calon BN Kerusi Dun Kuala Kurau, Shahrul Nizam Razali pastinya mampu memberi impak pembangunan baru di Parit Buntar  dan  kawasan sekitarnya.

``Saya berada di kawasan Daerah Kerian untuk membuat tinjauan sempena pilihan raya di Parit Buntar dan Bagan Serai, sambutan dan penerimaan ditunjukkan rakyat jelata kawasan ini begitu baik sekali sekaligus tahap dokongan serta dapat memberi keputusan baik kepada BN,” katanya selepas merasmikan Dataran Amanjaya Simpang 5 Parit Buntar pada Selasa.

Katanya, Abdul Puhat yang mempunyai pengalaman pentadbiran dan pengurusan tentunya akan membawa manfaat kepada penduduk Parlimen itu.

``Kita mahu pembangunan dan perancangan lebih menyeluruh di Parit Buntar walaupun ia dibangunkan melalui pendekatan BN dan dengan adanya wakil rakyat yang berwibawa tentunya dapat memberi impak yang lebih baik dan positif kepada kawasan seluruhnya.

“Saya mempunyai keyakinan ini kerana pemilihan calon berdasarkan pengalaman yang mereka ada,” katanya.

Sementara itu menjawab tomahan tersebut Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid memberi amaran keras supaya Abdul Aziz tidak bersikap biadap dan kurang ajar.

``Dia baru dua tiga hari datang ke Negeri Perak itu pun tidak diterima di Selangor nak tunjuk belangnya di sini.

“Dia sebenarnya memalukan golongan akademik yang mana golongan ini apabila ingin bercakap dia mesti buat kajian dahulu tetapi dia cakap hentam kromo sahaja,” katanya ketika ditemui media di majlis pelancaran Dataran Amanjaya Simpang 5 Parit Buntar  pada Selasa.

Menurut Zahir, Abdul Aziz tidak mengetahui usaha yang telah lakukan dibawah pentadbiran Datuk Seri Zambry menerusi dasar Amanjaya, slogan tiada tertinggal tiada terpinggir serta program permukiman yang hanya akan dibuktikan keberkesanannya apabila Barisan Nasional memperolehi kemenangan dalam pilihan raya umum ke-14 kelak.

Baru-baru ini calon DAP  DUN Tebing Tinggi itu  mendakwa Dr Zambry sebagai pemimpin yang malas dan tidak mengambil tahu kesusahan rakyat khususnya di kawasan Tebing Tinggi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana