Tiga veteran Umno tidak ikhlas - Penganalisis

SHAH ALAM: Seorang penganalisis politik hari ini mempersoalkan keikhlasan tiga veteran Umno yang dipecat kerana mengkritik parti di pentas pembangkang tetapi tidak melakukan pembaikan ketika memimpin parti.

Datuk Dr Aidit Ghazali berkata, ketiga-tiga veteran Umno yang juga bekas menteri kabinet tidak membaiki keadaan ketika mereka berada dalam sistem yang sama.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pemecatan Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Rafidah Aziz dan Tan Sri Rais Yatim yang diumum Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atau Ku Nan hari ini.

Aidit berkata, tiada guna mereka masih berada di dalam Umno jika bertindak sebagai pengkhianat dan penderhaka.

"Pada saya, apa gunanya mereka yang lebih-lebih lagi merupakan suatu ketika pemimpin Umno masih berada dalam Umno sekiranya mereka bertindak sebagai pengkhianat dan penderhaka.

"Sebab apa yang mereka kritik sebenarnya mereka satu ketika mereka berada dalam sistem yang sama kenapa mereka tidak membuat pembaikan ketika itu?" ujar beliau. 
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment