Tian Chua tak boleh tanding PRU14...mahkamah tolak saman terhadap SPR

Tian Chua kena ucap selamat jalan pada hajatnya untuk bertanding kerusi Parlimen Batu pilihanraya umum ke 14 pada 9 Mei ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi Jumaat buat keputusan tolak saman pemulanya terhadap Pegawai Pengurus Pilihanraya dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kerana menolak pencalonannya pada 28 April lalu.

Hakim Datuk Nordin Hassan memutuskan Tian Chua hanya boleh fail petisyen pilihanraya selepas PRU14 dan bukan menerusi saman pemula.

Pada hari penamaan calon 28 April  Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Anwar Mohd. Zain menolak pencalonan Tian Chua kerana mendapati beliau hilang kelayakan bertanding kerana telah dihukum denda RM2,000 atas kesalahan menghina polis.

Sementara itu Tian Chua yang ditemui wartawan selepas keputusan berkenaan kata beliau akan teruskan rancangan menyokong salah seorang calon Bebas yang bertanding di kerusi Parlimen itu.

Berikutan ketiadaan Tian Chua empat orang yang bertanding untuk kerusi Pa5rlimen Batu ialah calon BN yakni Naib Presiden Gerakan Datuk Domonic Lau ,calon PAS, Azhar Yahya serta V M Panjamothy Muthusamy dan P Prabakaran Paramesnaran yang masing-masing bertanding atas tiket Bebas.

Peguam Tian Chua kata mereka akan kemukakan rayuan keatas keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana