Tiada pas calon: Lupa ke sengaja!!! - Mohamad Hasan

Jarang benar Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan melenting... tapi dalam kontroversi yang sengaja ditimbulkan PKR, beliau 'angin satu badan'... beliau tidak menolak kemungkinan tindakan tidak membawa pas perakuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) oleh Dr S. Streram ketika penamaan calon semalam merupakan satu strategi yang sengaja dirancang.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan itu berkata ini berikutan pembangkang tahu tidak boleh menang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.
"Semalam berapa ribu orang bertanding, mengapa yang tiga orang itu boleh tak ada pas. Kalau kita fikir mustahil...saya tanya orang dia yang duduk dalam pusat penamaan calon, mereka pun tak faham kenapa dia yang hendak bertanding lawan saya tak bawa pas. Ini boleh jadi kadang-kadang strategi yang direka. Dia memang tahu perkara ini sebenarnya.
"Saya rasa ini strategi. Sebaik saja mereka ambil gambar menolak-nolak polis dan (Naib Presiden PKR) Rafizi (Ramli) keluar (status) menghasut semua pengundi orang India seluruh negara memboikot dan menentang BN...ini permainan yang sengaja," katanya ketika berucap pada majlis isu semasa di Rembau pada Ahad.
Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang juga calon kerusi Parlimen Rembau, calon BN DUN Kota Datuk Seri Dr Awaludin Said, Datuk Zaifulbahri Idris (Chembong), Mohd Ghazali Abd Wahid (Paroi) dan Mustapha Nagoor (Palong).
Mengulas lanjut, Mohamad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan berkata tindakan Dr Streram itu merupakan satu strategi 'peperangan' yang sengaja dibuat untuk tujuan manipulasi.
"Kemudian Rafizi mengambil isu ini dan dijadikan isu nasional untuk menghasut kaum India untuk memboikot BN. Saya pun semalam kesal tak dapat bertanding kerana saya telah pun bersiap sedia dan jentera pun begitu bersemangat, tak bertanding tak sedap.
"Saya yakin mereka akan membawa perkara ini ke mahkamah, tak apalah kita hadapi sahaja," katanya.
Pada hari penamaan calon di Dewan Seri Rembau semalam, Mohamad diumumkan menang tanpa bertanding di DUN Rantau selepas Dr Streram tidak dapat mengemukakan kertas penamaan calon selepas gagal membawa pas calon seperti disyaratkan SPR untuk membolehkannya memasuki pusat penamaan calon.
Mengenai Rafizi, Mohamad menyifatkan bekas anggota Parlimen Pandan itu sebagai seorang yang suka menabur fitnah, memutar belit dan mencelarukan pemikiran masyarakat supaya membenci kerajaan.
Menteri besar turut memberikan contoh isu yang diputarbelitkan Rafizi demi menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan melibatkan Tabung Haji yang didakwa melakukan penyelewengan wang pendeposit, isu cincin mewah isteri kepada Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan isu National Feedlot Corporation (NFC) yang didakwa berlaku penyelewengan dana syarikat itu.
Sementara itu, Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO dan Pengerusi Pemuda BN berkata kenyataan yang dimuat naik Rafizi yang meminta pengundi kaum India supaya tidak mengundinya adalah bertujuan untuk mengganggu fokusnya untuk mempertahankan kerusi Parlimen Rembau yang disandangnya selama dua penggal sejak 2008.
"Tapi saya tak ada apa-apa pun, menteri besar pun dah menang dan kalau ditanya kepada pengundi Rembau pun tiada kesan apa-apa. Cuma yang saya risau orang bawa cerita diluar kawasan saya bahawa inilah BN bersekongkol dengan SPR, KJ dan menteri besar dah menipu. Kita tak boleh biarkan.
"Dalam keadaan pilihan raya ini, kita tak boleh tak ambil kisah tuduhan tersebut. Rafizi ini dia memang kaki menipu dan kita kena ajar dia betul-betul dengan tindakan mahkamah," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana