Tanda Tanda Awal Kebangkitan!!!! 20 NGO berpengaruh Cina sokong PM...

Sebanyak 20 NGO Cina yang berpengaruh pada Rabu ‘sekolahkan’ puak pembangkang yang rancak main sentimen anti-China dan konon kerajaan gadai kedaulatan Malaysia pada negara itu menerusi pelaburan dan projek.

NGO berkenaan termasuk Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong), Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) Presiden Persatuan Hokkien Malaysia menolak samasekali dakyah itu.

Mereka menyatakan pendirian itu dalam pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Seri Perdana di Putrajaya Rabu.

Presiden Persatuan Perniagaan China-ASEAN, Tan Sri Lim Gait Tong menegaskan pendirian oleh sekumpulan ahli politik dan mereka yang rasis sebar sentimen itu boleh menjejaskan hubungan baik antara China dan Malaysia dan ini adalah bahaya kepada negara.

Beliau mahu rakyat melaksanakan hak mereka untuk mengundi semasa PRU14 bagi kestabilan dan mengekalkan hubungan baik dengan China.

Katanya masyarakat Cina sangat mengalu-alukan pelaburan dari China dalam projek di negara ini kerana ia bukan sahaja menyediakan peluang pekerjaan, malah mempercepatkan proses pembangunan ekonomi negara.

"Malaysia mempunyai hubungan yang sangat baik dengan China terutama sekali apabila Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri dan kami juga bersetuju dengan pandangan beliau bahawa hubungan baik dengan China perlu dikekalkan.

"China juga sangat mementingkan hubungan antara kedua negara dan sebagai negara yang mempunyai jumlah perdagangan terbesar di rantau ini, China menerusi inisiatif One Belt, One Road (OBOR) sudah banyak memberi bantuan dalam pelbagai projek termasuk Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER)," katanya.

Presiden Persatuan Hokkien Malaysia yang juga Pengarah Urusan Bina Puri Holdings,Tan Sri Tee Hock Seng kata dakwaan sesetengah pihak konon ekonomi Malaysia terutama pelaburan dibuat menerusi beberapa projek mega, dikuasai oleh China adalah tidak tepat.

Beliau berkata, sebagai contoh 70 peratus tenaga kerja dan bahan mentah tempatan digunakan bagi Projek Laluan Rel Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang dibangunkan China Communications Construction Company (CCCC).

"Ada pihak mendakwa projek ini dikuasai China, yang mana dakwaan itu tidak tepat.

"Bahan pembinaan yang digunakan adalah 70 peratus daripada bahan tempatan, termasuk pembinaan stesen adalah kontraktor tempatan,”katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana