SEJAK LARI DARI DAMANSARA UTAMA, CALON DAP HIDUP DALAM MIMPI

oleh Rizal Mansor

Sungguh melucukan apabila membaca kisah calon DAP Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin yang memberitahu masyarakat bahawa ada orang kampung yang susah pakai kopiah, baju melayu dan bawa duit berlipat-lipat RM 500.00 untuk didermakan kepadanya bagi membantu kempen DAP. Ya benar itu berlaku, tetapi berlaku dalam mimpinya. Punyalah terdesaknya DAP memerlukan undi melayu sekarang, sampai terbawa-bawa dalam tidur hingga menjadi mimpi.

Saya hendak mengajak masyarakat memikirkan secara logik. DAP hari ini perlukan undi melayu. Apabila ada pakcik melayu orang kampung dengan memakai baju melayu dan kopiah datang rapat kepada mereka, apakah yang mereka akan lakukan terlebih dahulu ? Adakah dengan mengambil sampul duit yang dihulurkan dahulu atau merakam gambar terlebih dahulu ? Sudah tentu mereka akan rakam gambar terlebih dahulu untuk ditunjukkan kepada kaum melayu.Dengan kata-kata , “Siapa kata DAP anti melayu ? Lihat bagaimana orang melayu kampung pun sokong DAP”.

Dalam kes ini, gambar tiada dan siapa penyumbang pun tidak tahu nama. Masa hulur pakcik itu memaklumkan kepadanya ada RM 500 dalam sampul berkenaan. Logikkah sekiranya mereka tidak rakam gambar dan tidak ambil nama , nombor telefon atau alamat pakcik itu ? Sebab itulah saya katakan itu hanyalah mimpi DAP.

Calon DAP itu datang dari Damansara, dihantar ke Johor. Seminggu berkempen belum menemui rentak lagi dengan masyarakat melayu setempat. Maka terpaksalah jual mimpi untuk menipu pengundi kaum melayu. Harap masyarakat melayu tidak mudah tertipu dengan mainan DAP dalam hal ini. Mereka sekarang dalam keadaan terdesak, mereka perlukan undi kaum melayu. Janganlah maruah kita digadai gara-gara cerita mimpi DAP. Hari ini baru mereka tahu betapa pentingnya undi kaum melayu untuk mereka. Akan tetapi sewaktu kita umat islam hendak menjalankan urusan umat islam sewaktu pembentangan RUU355 pada April 2017, kita semua telah lihat bagaimana kepala-kepala DAP yang cuba menghalang dengan pelbagai cara.

Saya tidak terkejut jika selepas ini calon DAP itu ‘menyewa’ mana-mana pakcik dengan harga yang lumayan, untuk berlakon dengan memakai baju melayu dan kopiah menyatakan dialah yang menderma RM 500.00 itu.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment