‘SAYA TIDAK MAHU BERSEKONGKOL DENGAN DAP LAGI’

DAP didakwa menggunakan kaedah menyebarkan propaganda jahat yang bersifat fitnah semata-mata untuk memancing undi rakyat pada PRU14 ini.

Timbalan Pengerusi Biro Buruh DAP Pusat Merangkap Pemikir Publisiti Pengundi Melayu DAP, Amran Ahmad mendakwa, propaganda jahat yang disebarkan DAP menerusi beberapa video serta risalah menyasarkan pemimpin-pemimpin dari parti lawan termasuklah pemimpin kerajaan, perdana menteri, isteri perdana menteri dan keluarganya.

“Tujuan saya membuat sidang akhbar pada hari ini untuk membuat satu pendedahan tentang salah laku fitnah yang terancang serta propaganda jahat yang digunakan DAP atas nama Pakatan Harapan (Harapan).

“Saya tidak mahu lagi bersekongkol untuk lakukan kerja ini menipu rakyat Malaysia dengan propaganda jahat semata-mata untuk memikat hati pengundi,” katanya pada satu sidang media, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau yang juga merupakan anak kepada bekas Naib Presiden DAP, Ahmad Nor berkata, hasrat untuk membuat pendedahan mula timbul selepas beliau menyedari peranannya dalam parti itu mulai terpesong daripada asalnya.

“Saya juga merupakan bekas wartawan yang sebelum ini pernah berkhidmat di Utusan dan Malaysiakini di mana saya diajar untuk mengangkat dan menyebarkan kebenaran ketika menjalankan tugas.

“Tapi apabila saya menyertai pasukan publisiti DAP, saya rasa telah terpesong kerana terlibat dalam membuat propaganda-propaganda jahat yang langsung tidak menepati niat asal saya untuk menyebarkan maklumat yang benar kepada orang ramai terutama menjelang PRU14,” katanya.

Beliau turut menyifatkan tindakannya membuat keputusan mendedahkan hal tersebut menjelang PRU14 adalah keputusan yang tepat.

“Mengapa baru sekarang saya buat pendedahan kerana bagi saya tempoh akhir menjelang PRU14 adalah masa yang tepat.

“Masa yang terbaik untuk kita menyedarkan rakyat adalah dalam tempoh seminggu atau empat hari sebelum pilihan raya kerana masa ini kedua-dua pihak akan terus berusaha menggiatkan promosi untuk pikat hati pengundi,” katanya.

Justeru, beliau berkata, satu laporan polis juga telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini bagi membolehkan tindakan diambil terhadap dakwaan tersebut.

“Saya juga telah menyerahkan segala bukti yang ada kepada pihak berkuasa mengenai tuduhan berkenaan.

“Jadi saya minta supaya pihak polis jalankan siasatan menyeluruh dan segera bagi menghentikan tindakan DAP dalam menyebarkan propaganda jahat ini kepada orang ramai terutamanya dalam masa beberapa hari sebelum PRU14 ini,” katanya.

Berdasarkan tindakannya itu, Amran menegaskan bahawa dirinya telah bersedia untuk berhadapan dengan sebarang tindakan daripada DAP serta tohmahan daripada pelbagai pihak.

“Saya memang menjangkakan, dengan pendedahan ini akan muncullah tuduhan sebagai macai atau pemakan dedak dan sebagainya.

“Saya adalah ahli DAP seumur hidup menyeru serta memohon kepada semua rakyat terutama orang Melayu supaya tidak menyokong Harapan kerana undi anda adalah undi untuk DAP yang akan menguasai gabungan pembangkang itu untuk memerintah Malaysia,” katanya.

Sinar Harian

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana