Ramasamy dedah sandiwara pemimpin pembangkang

Kenyataan pemimpin-pemimpin pembangkang lain yang mendakwa menerima Tun  Mahathir Mohamad masuk ke Pakatan Harapan kerana pengalaman beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun hanyalah penipuan semata - mata untuk mengaburi mata rakyat Malaysia.

Perkara itu diakui oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Prof. Dr. P. Ramasamy dalam ucapannya yang berkata Tun Mahathir telah dipergunakan oleh parti pembangkang untuk menarik pengundi Melayu menyokong Pakatan Harapan (PH).

Bendahari MIC, Datuk Seri S. Vell Paari (gambar) berkata, ternyata kenyataan beberapa pemimpin pembangkang bahawa Mahathir diterima masuk ke Pakatan Harapan kerana beliau paling layak menjadi Perdana Menteri juga nampaknya merupakan satu sandiwara sahaja.

"Sebenarnya Mahathir hanya dipergunakan oleh pemimpin pembangkang untuk menarik undi - undi orang Melayu," katanya dalam satu kenyataan sebagai mengulas video ucapan Ramasamy.

Tambahnya lagi, video tersebut juga membuktikan Ramasamy seorang pemimpin politik yang tidak mempunyai prinsip dalam politik.

“Hanya kerana kuasa dan kelangsungan politik pembangkang, Ramasamy sanggup menggadaikan prinsip politik beliau dan bekerjasama dengan  Tun Mahathir.

"Adakah ahli politik yang tidak mempunyai prinsip seperti ini yang rakyat mahukan untuk memimpin Pulau Pinang dan seterusnya Malaysia? Saya yakin jawapanya tentulah tidak sama sekali," akhirinya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana