PM umum berita gembira Hari Pekerja…termasuk nak naik kadar gaji minimum

Mungkin ramai yang mudah lupa.Atas sebab itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membawa balik kenangan bagaimana bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak begitu mempedulikan hasrat pekerja negara ini.

Tanpa sebut nama beliau berkata Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) sejak tahun 1998 telah memperjuangkan perlaksanaan kadar gaji munimum namun tidak diendahkan oleh pemimpin utama kerajaan waktu itu.

Katanya pekerja terus terbiar hingga ada yang bergaji RM400 waktu itu.Berucap pada majlois sambutan hari Pekerja 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra Selasa Najib berkata keadaan terus berubah dalam tempoh setahun selepas beliau jadi Perdana Menteri.

Katanya menerusi Bajet 2011 yang dibentang pada 15 Oktober 2010 perlaksanaan gaji minumum kebangsaan diumum.

Menurutnya dalam beberapa bulan tanpa tunggu 22 tahun sudah ada kadar gaji minumum RM900 untuk Semenanjung dan RM800 untuk Sabah dan sarawak.

Pada tahun 2016 lepas kadar gaji minimum dinaikkan untuk Sememanjung jadi RM1,000 dan Sabah Sarawak RM920.

Serentak itu pada ucapan itu di majlis yang dihadiri ribuan pekerja sektor awam dan swasta serta di siar secara langsung menerusi RTM ke seluruh negara,Perdana Menteri umum beberapa berita gembira.

Katanya jika BN menang pilihanraya umum ke 14 pada 9 Mei ini kadar gaji minimum seluruh negara akan dinaikkan dalam tahun ini juga.

Bagi suami yang isteri melahirkan anak,Najib kata undang-undang akan dipinda bagi membolehkan mereka mendapat cuti tiga hari mandatori.MTUC pula terima geran khas RM3 juta.

Perdana Menteri bersetuju menambah peruntukan bayaran interim Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) sebanyak RM60 juta lagi kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang menjadikan pe-runtukan keseluruhannya RM182 juta.

Najib berkata, dengan tambahan peruntukan ini, kadar bantuan interim kepada pekerja di bawah sistem itu akan ditingkatkan iaitu RM1,000 pada bulan pertama,RM800 (kedua) dan RM600 pada bulan ketiga.

“Peruntukan tambahan itu bagi meringankan beban pekerja yang hilang pekerjaan,”katanya.

Perdana Menteri memberitahu banyak yang sudah dilakukan dibawah pentabirannya untuk angkat martabat dan kebaikan pekerja sektor awam dan swasta selama ini.

Ini termasuk tambah cuti bersalin dari 60 hari ke 90 hari,perkenal akta usia bersara 60 tahun untuk pekerja swasta,lindungan Perkeso pekerja swasta tanpa had gaji berbanding dulu RM3,000 ke bawah.

Katanya manifesto BN yang menyentuh golongan pekerja jauh lebih baik dari yang dikemuka oleh pembangkang.Najib berkata ketika pembangkang hendak kurangkan jumlah kakitangan awam kerajaan BN bercadang untuk tambah lagi.Pembangkang menjanjikan 1 juta peluang pekerjaan jika menang sebaliknya BN menjanjikan jauh lebih banyak.

Beliau mengibaratkan hubungan pekerja sektor awam dan swasta dengan kerajaan sebagai tangkai dan bunga.Perdana Menteri harap mereka tidak terpengaruh dan salah pilih dalam PRU14 nanti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana