PM dedah taktik pembangkang import penyokong nak tunjuk kuat…dan ‘jentik’ Mokhzani

Helah ini tidak payah main sandiwara…bukan main lagi budak budak pakatan pembangkang dan mereka yang sewaktu dengannya gempak perang saraf mengenai kehadiran orangramai khususnya pada ceramah dihadiri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menerusi media sosial khususnya facebook dan whatsapp mereka rancak menyebarkan gambar orang ramai termasuk yang diambil guna drone dari atas untuk dakwa ia petanda tsunami rakyat.

Bukankah hampir semua ceramah ini seperti di Putrajaya,Langkawi,Hang Tuah Jaya,Melaka atau Indera Mahkota dekat Kuantan semuanya berlangsung waktu malam.

Suasana malam dengan kesamaran gelap dan pantulan cahaya segala macam biasanya menimbulkan suasana yang nampak gah dan macam melaut orang.

Sedangkan ceramah ini dihadiri tidak lebih 5,000 orang atau kurang.

Juga kebanyakan yang hadir adalah orang luar bukan pengundi tempatan yang saja nak datang tengok ceramah.

Sebaliknya majlis Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama rakyat di kebanyakan tempat diadakan waktu siang dimana kehadiran ribuan orang adalah majoriti penduduk tempatan.

Najib telah menyentuh isu ‘nak tunjuk kekuatan’ ini dalam ucapan beliau depan ribuan warga Kepala Batas di majlis bersama rakyat di Kampung Pasir Gebu, Penaga,Sabtu.

Katanya beliau mendapat maklumat pada ceramah Dr Mahathir di Putrajaya ada bas yang angkut orang luar untuk ke situ.

Kebanyakan bukan penjawat awam yang menetap di Putrajaya.

“Mereka bawa orang luar dengan bas dan kemudian mendakwa mendapat sambutan ramai.?

“Tetapi kita di sini , saya tidak nampak ada bas pun, tapi lihatlah sambutan yang kita terima, ramai yang hadir hari ini adalah penyokong sebenar kita ,” katanya.?

Perdana Menteri berkata pakatan pembangkang akan lakukan apa saja penipuan dan mainan politik untuk gambarkan seolah mereka ada kekuatan.

”Bagi mereka buat apa saja asal matlamat tercapai,”katanya.

Najib menegaskan BN ada kekuatan di seluruh negara.

”Insya ALlah pada malam 9 Mei kita akan tubuh kerajaan BN sekali lagi…yakinlah kekuatan kita,”tegasnya.

Dalam ucapan itu Najib juga 'jentik'anak Dr Mahathir, Tan Sri Mokhzani Mahathir yang telah perlekeh pemberian BR1M dalam ceramahnya dengan mengatakan tiada apa yang boleh dibanggakan dengan BR1M.

Katanya sudah kaya tidak perlu hendak menghina BR1M.

Menurutnya di Amerika sendiri 45 juta rakyatnya adalah penerima ‘food stamp’ yakni membolehkan mereka ambil barang percuma di kedai.

Katanya ia tidak ada bezanya dengan BR1M dimana bantuan diberi menerusi wang tunai.

“Dia (Mokhzani) tak apa ..bapak dia siapa ..bapak dia (bekas) PM...dapat kontrak berbilion dari petronas…saya PM saya tahu.

”Ada sahabat dia kata apa kuragnya dia nak banding dengan Mokhzani..ttetapi tidka kaya macam dia…terror sangatkah dia.Jangan hina orang dah kaya,”katanya.

Serentak dengan itu beliau bertanya hadirin apakah mahu mansuh BR1M dan ia disambut dengan laungan gemuruh …’tidak’.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment