PENYAKIT U-TURN BERJANGKIT PADA TUN DAIM PULA...TUA TUA TAK SEDAR DIRI LAGI

KUALA LUMPUR 3 Mei – Sungguh aneh apabila bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin keluar dari ‘persembunyian’ dan memilih pentas ceramah gabungan pembangkang PKR di Pendang, kelmarin untuk menyindir pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sedangkan beliaulah antara individu terawal mengutarakan keperluan cukai tersebut.

Namun begitu, pusingan U Daim, 80, itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan, malah sudah pun dijangka kerana beliau sanggup menggadaikan prinsip dengan mempertikaikan langkah terbaik dilakukan kerajaan semata-mata kononnya mahu menonjolkan sokongan terhadap ‘rakan karibnya’, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Walau bagaimanapun belum sempat Daim beralih pentas ceramah, semalam juga klip video beliau menyokong pelaksanaan GST tular.

Dalam video yang dipercayai dirakamkan pada tahun 2014 dan kembali tular itu , Daim turut mengulangi hasrat ‘murni’ beliau bagi memperkenalkan GST dengan mengatakan cukai itu amat diperlukan kerana asas pendapatan kecil yang dimiliki negara.

Katanya dalam video tersebut, beliau telah lama ‘menginginkan’ pelaksanaan GST iaitu sejak tahun 1984 lagi.

“Saya memang dari dulu lagi iaitu sejak 1984 nak perkenalkan GST disebabkan asas pendapatan negara ketika itu sangat kecil iaitu hanya 40 peratus sahaja datang daripada Petronas.

“Namun pada waktu itu kerajaan (pimpinan Dr. Mahathir) mengatakan kita masih belum bersedia. Selepas itu pun, Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) mahu melaksanakan GST tetapi apabila sekarang dah menjadi pembangkang, beliau tak setuju,” katanya dalam video berkenaan.

Sebenarnya, lama sebelum itu, Daim dalam pembentangan Bajet 1989 bertarikh 21 Oktober 1988, telah berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan pelaksanaan cukai nilai tambah (VAT) sama seperti GST yang dianggap se-bagai sebuah cukai menyeluruh dan saksama serta telah diterima pakai di 39 buah negara ketika itu.

Malah, Daim turut mengatakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) adalah terhad dan mempunyai beberapa kelemahan sehingga menyebabkan kehilangan hasil kepada kerajaan.

Selain Daim, pelaksanaan GST turut menarik ‘minat’ Anwar semasa menjadi Menteri Kewangan apabila secara terbuka mengakui GST merupakan sebuah cukai yang efisien dan telus.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana