PEMIMPIN DAP DIJEMPUT SERTAI TOWNHALL 1MDB

Pemimpin DAP di Pulau Pinang dijemput menghadiri majlis soal jawab isu semasa berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang berlangsung di negeri itu, Khamis ini.

Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, berkata dua sesi ceramah diadakan di negeri itu bagi memberi penjelasan sebenar yang berlaku dalam 1MDB.

“Saya mengalu-alukan kehadiran orang ramai terutama pemimpin DAP yang banyak menyebar maklumat tidak benar berkaitan 1MDB.

“Ini peluang mereka untuk bersoal jawab dan saya tidak takut menjawab di Pulau Pinang iaitu negeri pembangkang kerana kita mahu menegakkan perkara benar.

“Saya harap mereka datang dengan hati terbuka supaya semua pihak jelas dan tidak lagi memainkan isu 1MDB yang boleh mengelirukan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Soal Jawab Isu Semasa anjuran Barisan Nasional (BN) Kota Bharu dan Kelab Sahabat N87.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Tan Sri Mohd Fatmi Che Salleh dan calon BN Parlimen Kota Bharu, Fikhran Hamshi Mohd Fatmi serta calon BN DUN Kota Lama, Chua Hock Kuan.

Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana