Pakatan Harapan Kelantan tabur janji mengarut..

Manifesto Pakatan Harapan (PH) Kelantan hanyalah dokumen yang mengarut kerana ada janji yang tidak boleh dilaksana kerana halangan Perlembagaan Persekutuan kata ahli akademik Dr Kamarul Zaman Yusof.

Sambil mendakwa PH yang diketuai oleh Datuk Husam Musa kelihatan terlalu ghairah menjanjikan 'bulan bintang' kepada rakyat Kelantan, Dr Kamarul turut berkata mereka gagal menyemak terlebih dahulu apakah janji yang dibuat olehnya ini boleh dilaksanakan atau tidak.

Menyentuh salah satu daripada 11 tawaran utama manifesto yang berbunyi “Mewujudkan jawatan-jawatan anggota yang dilantik dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan terdiri daripada wanita dan golongan minoriti melalui kajian peruntukan yang berkaitan”, Kamarul menjelaskan janji ini turut terkandung di dalam Manifesto PAS Kelantan pada PRU 1990 bertajuk “Membangun Bersama Islam”.

“Sepatutnya Husam selaku Penasihat Amanah Kelantan dan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah selaku Pengerusi Amanah Kelantan yang merupakan bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan tahu bahawa janji ini turut terkandung di dalam Manifesto PAS Kelantan pada PRU 1990 bertajuk “Membangun Bersama Islam,” tambah Kamarul yang juga merupakan Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM)

Untuk rekod, manifesto Pakatan Harapan (PH) Kelantan yang dilancarkan pada malam 28 April 2018.

Menurut Kamarul lagi, sepatutnya Husam dan Wan Abdul juga tahu bahawa janji ini tidak dapat dilaksanakan kerana seperti yang dijelaskan oleh bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Abdul Halim Abdul Rahman kepada Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Kelantan pada 28 Mac 1991.

“Ia adalah bertentangan dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan. Jika tidak kerana itu, sudah lama janji ini dilaksanakan oleh Kerajaan Kelantan,” sambung Kamarul lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana