Negara dalam bahaya jika diterajui Mahathir, sekutu: Hadi

Rakyat perlu menolak pakatan disertai Tun Dr Mahathir Mohamad kerana negara akan berada dalam bahaya, jika pembangkang dipimpin bekas perdana menteri itu menang  RU-14.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata ini kerana pakatan disertai Dr Mahathir, tidak meletakkan Islam sebagai teras utama untuk mentadbir negara dan keadaan itu diburukkan lagi sikap sekutunya DAP, yang akan melakukan apa sahaja untuk melemahkan orang Islam.

Beliau berkata, rakyat mahu orang Islam memerintah negara ini dan tidak rela dijajah DAP yang akan menjadi mencatur utama jika pakatan itu berjaya membentuk kerajaan Pusat pada PRU ini.

“Dr Mahathir tidak meletakkan Islam dalam perjuangan parti berkenaan, sebaliknya bersekongkol dengan DAP dan parti Melayu tajaan DAP iaitu Parti Amanah Negara (PAN)

“Buat apa pilih Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, sedangkan sepanjang 22 tahun menjadi pemimpin negara, beliau banyak menimbulkan masalah kepada rakyat,” katanya ketika berceramah di PDM Kampung Cerang Meliling, dekat Marang petang tadi.

Hadi berkata, ketika zaman Dr Mahathir juga beliau menarik royalti minyak Kerajaan Terengganu yang ketika itu diperintah PAS.

Beliau mendakwa, ketika berkuasa juga, bekas perdana menteri itu banyak meninggalkan yang wajib, sebaliknya mengamalkan perkara sunat dalam pentadbiran negara.

“Yang kita sedihnya Pakatan Harapan guna orang tua, Tun Mahathir yang dah umur 93 tahun digunakan untuk lawan, bercelaru habis. Tak tahu mana wajib mana sunat.

“Hat (yang) wajib dia tinggal, hat sunat dia buat. Tinggal yang wajib buat yang sunat dengan ziarah kubur, sepatutnya mempertahankan kekuasaan orang Islam ini yang penting,” jelasnya..

Oleh itu katanya, rakyat akan rugi jika memilih pakatan pembangkang dipimpin Dr Mahathir untuk memerintah negara.

Hadi mendakwa, PAS kini mengambil jalan tengah dan tidak menyertai mana-mana parti politik termasuk Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi pilihan raya kali ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana