NAJIB HIDUPKAN PELUANG KEMENANGAN BN DI WANGSA MAJU

Datuk Seri Najib Razak turun ke Parlimen Wangsa Maju bagi meredakan ‘ketegangan’ situasi di kawasan itu ekoran Ketua Bahagian UMNO, Datuk Seri Shafei Abdullah yang merajuk seketika kerana tidak dicalon bertanding dalam Pilihan Raya Umun (PRU) kali ini.

Kehadiran Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dilihat mencetuskan fenomena kemenangan parti itu melalui calon yang dipertandingkan Datuk Seri Yew Teong Look.

Dalam ucapannya, Najib turut memuji Shafie yang wala’ kepada perjuangan parti selain menyeru jentera dan penyokong BN memastikan kemenangan parti itu.

“Saya hendak tengok BN Wangsa Maju, saya hendak uji jentera BN Wangsa Maju…saya boleh buat kesimpulan bahawa jentera BN wangsa maju begitu teguh semangatnya.

“Kita dah letih dengan pembangkang, pilih orang yang lupa IC (kad pengenalan) hampir-hampir tidak layak bertanding.

“Tidak kira MCA jadi calon itu BN, kalau UMNO jadi calon itu juga BN, kalau MIC jadi calon itu juga BN.

“Saya ucap setinggi-tinggi penghargaan pada Datuk Seri Shafie, dia taat dan setia pada parti…wala pada pemimpin. Dia kata pada saya dia teman setia saya,” kata najib ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama rakyat di Wangsa Maju, Selasa malam.

Sebelum ini jentera UMNO membantah keputusan BN meletakkan calon MCA di kerusi Wangsa Maju dan mahukkan Shafie terus bertanding dalam PRU kali ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana