Mutalif nak adakan UTC di DUN Taman Medan jika menang…

Calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN),  Taman Medan,Selangor Datuk Abdul Mutalif Abdul Rahim, akan melaksanakan tiga inisiatif besar jika diberikan mandat menerajui DUN itu pada  Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang akan diadakan pada 9 Mei ini.
 
Menurut Abdul Mutalif, tiga perkara yang akan dilakukan olehnya di kawasan pinggir bandar itu ialah adakan Pusat Transformasi Bandar (UTC), membina pusat sukan dan memperjuangkan kebajikan rakyat kawasan itu yang selama ini tidak diendahkan oleh Kerajaan Negeri dibawah pemerintahan pembangkang.
 
"“Pertama saya impikan pembinaan sebuah UTC di Taman Medan bagi memudahkan penduduk menjalankan urusan dengan pelbagai agensi kerajaan dan swasta di sana. Tak perlu lagi menempuh kesesakan lalu lintas yang begitu merunsingkan.
 
"Selain itu, saya juga berhasrat untuk membina pusat sukan di kawasan ini supaya dapat melahirkan atlet-atlet negara yang cemerlang daripada kawasan Taman Medan selain mengelakkan mereka terlibat dengan gejala sosial yang tidak berfaedah.
 
"Yang terakhir, saya akan menjaga kebajikan rakyat di sini, kebajikan yang selama ini telah diabaikan oleh kerajaan negeri di bawah pimpinan PKR seperti masalah air dan denggi," katanya kepada pemberita.
 
Beliau turut berkata DUN itu akan mengalami perubahan kerana rakyat sudah merasa jemu dan jelik rakyat terhadap pembangkang yang disifat hanya bijak menabur janji.
 
"Saya bersyukur kerana diberi peluang dan ruang kerana terpilih menjadi calon di kawasan ini. Saya mendengar denyut nadi anak muda di Taman Medan ini yang dahagakan kemudahan asas kerana selama 10 tahun ditadbir oleh pembangkang, mereka gagal laksanakannya.
 
"Tetapi tidak bagi kami di Barisan Nasional (BN). Kami dididik untuk mejadi kebajikan rakyat daripada dulu, kini dan selamanya. Itu yang ditekankan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
“Saya anak jati Taman Medan, saya kenal semua orang di sini, saya bukan pemimpin bermusim sebaliknya saya sudah bekerja hampir setiap masa sepanjang 11 tahun lalu.
 
“Pendekatan saya mudah, apa yang saya cakap saya akan buat. Alhamdulillah perkara itu diterima masyarakat termasuk rakan-rakan dari blok pembangkang,” katanya

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana