MUKHRIZ JADIKAN GST MODAL SERANG BN...KALAH BERTANDING PADAN MUKA KAU NANTI

Datuk Seri Mukhriz Mahathir, terus menjadikan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebagai modal utama kempen beliau untuk menakutkan rakyat terhadap kerajaan ditunjangi Barisan Nasional (BN).

Kali ini, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu mengandaikan kadar GST enam peratus yang dikenakan di negara ini akan dinaikkan kerajaan jika BN terus memerintah selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Untuk meyakinkan pengundi, beliau menjadikan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengenai perbandingan kadar GST di Malaysia dan negara lain sebagai sandaran.

“Dengar apa Najib kata pasal GST…baik, bagus dan 160 negara sudah amalkannya. Malaysia antara kadar paling rendah, kerana di negara lain ada yang sampai 22 peratus.

“Apabila (Perdana Menteri) sebut begitu, apa maksudnya….nak tunai janji (manifesto), lepas PRU-14 mesti GST akan naik…berbanding kami (pakatan pembangkang) hari ini naik (jadi kerajaan), esok hapus GST,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah sempena Program Pidato Pimpinan Pakatan Harapan Kedah di Taman Akasia di Kuala Nerang, di Padang Terap, Selasa malam.

Selain GST, Mukhriz turut mengitar semula isu tradisi pembangkang iaitu membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di hadapan kira-kira 100 hadirin.

Menyentuh jumlah kehadiran sedikit, Mukhriz cuba mengalih perhatian dengan mendakwa unsur rasuah sebagai faktor utama ramai menghadiri majlis anjuran UMNO dan BN.

Malah, beliau turut mengakui ‘orang’ pakatan pembangkang berada dalam kalangan hadirin pada majlis anjuran UMNO dan BN untuk memantau.

“Yang ambil video tu orang kita la….yang mengaku UMNO pun orang kita, nak buat macam mana…yang pakai baju biru BN tu pun orang kita, tak boleh nak selindung,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana