MATI KATAK: SEKALI, MUNGKIN TERSILAP, BERKALI-KALI? ITU SENGAJA

PENULIS percaya sesekali terhina orang, itu maksudnya tersilap atau terlepas cakap, wajar mintak maaf.  Tapi kalau  dah berkali-kali menghina orang dan berkali-kali jugak mintak maaf, itu maksudnya bukan tersilap sebaliknya memang dah jadi kebiasaan menghina orang ni dan minta maaf tu pun kerana ada sebab saja (bukan ikhlas).  Dalam kes nak dekat hari mengundi ni, minta maaf  bila dah menghina tu boleh dikaitkan dengan sebab takut hilang undi.

Mahathir bukan pertama kali menghina orang dan kemudian berpura-pura minta maaf, dah banyak kali.  Orang gemuk dia hina, orang India dipanggilnya keling, kelmarin dah 14 arwah dalam kes Memali dipanggilnya mati katak.

Itu bukti Mahathir memang biasa hina orang, bukan tersilap dan dia mintak maaf sekarang sebab hari mengundi dah dekat.

Kita percaya keikhlasan Mahathir kalau dia pergi ke Memali meminta maaf kepada semua keluarga orang yang terjejas.  Kenapa dia minta maaf dari pejabatnya di Putrajaya pulak, kenapa tak berani berdepan dengan keluarga semua arwah yang dipanggilnya mati katak itu?  Sejak Disember 1985, tak pernah dengar Mahathir ada jejak kaki di Memali pun.

Lagipun masa dia hina tu, ramai audien yang mendengar di bawah, gelak ketawa mendengar penghinaan Mahathir.  Untuk yang ini, siapa pulak nak minta maaf?  Bayangkan ahli keluarga kita mati, orang buat lawak, ramai tergelak tapi yang buat lawak saja minta maaf sementara yang tergelak tadi tidak?

Apa rasa?

Maka itu, undilah Barisan Nasional.  Angkat Mahathir jadi Perdana Menteri balik, jawabnya habislah semua orang dihinanya sebab bukan rahsia Mahathir rasa dia lebih superior dari orang yang dianggap tidak setarafnya.  Padahal kita semua tahu keturunan dia Kutty.  Gahla macam mana pun tapi kalau keturunan Kutty, tak jadi apa jugak.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment