MASYARAKAT CINA MAHU BN TERAJUI NEGARA

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menjelaskan mengenai isu-isu dan situasi semasa ketika mengadakan pertemuan bersama wakil-wakil Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia Huazhong.

Presiden Huazong, Tan Sri Pheng Yin Huah berkata, dalam pertemuan tersebut mereka sangat bersetuju dengan pendapat Perdana Menteri bahawa hubungan baik antara Malaysia dan China adalah sangat penting kepada pem-bangunan ekonomi negara.

“Hal ini kerana Malaysia adalah negara pertama yang menjalin hubungan dengan China pada tahun 1994 dan hub-ungan tersebut menjadi semakin baik selepas Najib menjadi Perdana Menteri.

“China merupakan negara yang ada perdagangan terbesar sekali di rantau ini melalui ‘1Belt 1Road I Initiative’ dan mereka sangat mementingkan hubungan baik ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan tengahari bersama Perdana Menteri di Seri Perdana, di sini.

Yin Huah berkata, adalah penting bagi masyarakat Cina untuk mempunyai wakil yang kuat dalam kerajaan Barisan Nasional (BN)supaya sebarang masalah yang mereka dihadapi mudah untuk diatasi. – UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana