Mahathir guna taktik kotor cari simpati ahli UMNO melalui surat

Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat tidak lagi mempunyai cara lain dalam usahanya meraih simpati sekaligus undi terhadap dirinya dan parti yang dinaunginya apabila menggunakan taktik mengutus surat rayuan terhadap ahli-ahli UMNO.

Calon Barisan Nasional Kerusi Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyifatkan tindakan sebegitu sebagai tidak masuk akal kerana apa yang diungkit Mahathir adalah cerita-cerita lama.

“Saya lihat apa yang dilakukan semua cerita-cerita lama yang kadang-kadang tak masuk akal.

“Di Wilayah Persekutuan pengundi-pengundi saya akan lapor semua benda kepada saya. Saya tak tahulah barangkali saya dekat dengan mereka.

“Mereka telah maklumkan kepada saya semalam telah terima satu surat rayuan di Kuala Lumpur dari bekas pemimpin kami dulu. Ada yang tak buka pun apa yang mereka hantar dalam peti surat. Bila saya buka, nak gelak pun ada. Nak ketawa pun ada. Saya pun tak tahu apa yang mereka nak lakukan.

“Tapi ini cara-cara penghabisan, cara last minute mencari simpati pengundi,” katanya selepas menyampaikan Bantuan Ihya’ Ramadan dan Watiqah Ketua Amil dan Zakat Fitrah 1439H/ 2018 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Tambah Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung UMNO, pengundi sekarang semakin cerdik dan mahukan kerajaan yang bertanggungjawab dan mampu tepati janji.

“Saya percaya pengundi tahu bahawa kerajaan hari ini adalah kerajaan yang bertanggungjawab dan mereka boleh menaruh harapan kepada kerajaan ini kerana kerajaan ini akan menepati segala janji yang telah dibuat mengikut menifesto yang telah diutarakan.

“Kerana Pembangkang manifesto ada tapi tak pernah ikut pun. Kita manifesto PRU13 kita dah capai 99.4 peratus.

“Saya percaya kalau rakyat beri mandat kepada BN kali ini, apa yang telah kita utarakan, kita akan capai dalam masa lima tahun,” ujarnya lagi.

Tambah Tengku Adnan, bukan semua isu yang dibangkitkan perlu diberi perhatian kerana Mahathir memang sudah beberapa mereka cerita palsu.

“Pasal Tun M banyak reka berita palsu, UMNO tak nak bertindak atas akta berita palsu?

“Kalau kita layan ini semua, mereka ni politik, politik, politik. Kalau kita layan, tak kesampaian.

“Kita nak kerja untuk beri keselesaan kepada rakyat. Kita merupakan parti yang bertanggungjawab. Mereka boleh cerita, buat persepsi dan berangan-angan. Saya percaya rakyat tahu mana yang batu dan mana permata.

“Saya percaya rakyat akan kekalkan kerajaan yang ada kerana mereka tak mahu ambil risiko yang akan memberikan keadaan di mana negara akan jadi terumbang ambing tak tak tentu arah,” katanya.

Sementara itu mengulas mengenai tindakan sesetengah veteran UMNO, Tengku Adnan berkata UMNO akan meneliti setiap kes berhubung pembabitan veteran UMNO yang cenderung menyokong pembangkang atau mengeluarkan kenyataan menghentam parti.

Ujarnya pemimpin UMNO terbabit boleh dikenakan tindakan jika didapati melanggar perlembagaan dan etika parti.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan veteran UMNO yang juga bekas menteri termasuk Tan Sri Rafidah Aziz dan Tun Daim Zainuddin yang masing-masing dikatakan menghentam UMNO serta menyokong pembangkang.

“Kita lihat apa yang beliau (Rafidah) kata. Kadang-kala beliau kata apa yang beliau kata tetapi akhirnya beliau mendakwa beliau tidak berkata demikian.

“Kadang-kala mereka kata, mereka pergi sebagai kawan, bukan sebagai ahli politik. Inilah masalah yang kita hadapi sebab kita semua ini berkawan secara asasnya.

“UMNO adalah parti yang adil. Kita pasti akan meneliti setiap kes dan mengambil tindakan jika perlu,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana