Mahathir dakwa penyokong PAS di Mamali 'mati katak'...Akhirnya Mohon Maaf Takut Kalah Rakyat Tak Beri Undi

Makin teruk Tun Mahathir Mohamad dok merapu sekarang ini... di Lembah Pantai semalam calon Perdana Menteri Pakatan Harapan itu 14 mangsa yang terkorban dalam tragedi berdarah Memali pada 1985 sebagai 'mati katak', bukan mati syahid.

Bekas Perdana Menteri itu mendakwa, 'Amanat Haji Hadi' pada 1981 yang menjadi punca berlakunya peristiwa hitam itu dengan membunuh pegawai kerajaan yang disifatkan sebagai kafir.

"Amanat Haji Hadi ringkasnya menyuruh orang dia (PAS) supaya membunuh pegawai kerajaan, kononnya kerajaan kafir dan sebab itu dia menentang kerajaan kafir.

"Kononnya orang dia (PAS) yang mati dalam melawan kerajaan kafir ini akan mati syahid. Tragedi di Memali, mereka menembak mati empat orang polis dan selepas itu baru polis membalas balik dan mereka mati juga seramai 14 orang. Bukan mati syahid, mati katak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Perdana bersama Calon PKR Lembah Pantai di perkarangan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi di sini, semalam.

Peristiwa Memali yang berlaku di Kampung Memali, Baling, Kedah, pada 19 November 1985 menyaksikan pertempuran anggota keselamatan dengan penduduk kampung dan pengikut Ibrahim Libya sehingga mengorbankan Ibrahim dan 17 yang lain termasuk empat anggota polis, berpuluh-puluh lain cedera serta beratus-ratus orang ditahan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana