Lagi pendedahan…DAP booking jawatan MB Perak

Setelah mendedahkan pelbagai taktik DAP sebar propoganda dan fitnah untuk menang PRU14,ahli seumur hidup DAP, Amran Ahmad tampil lagi pada Isnin dedah parti itu mahu jawatan Menteri Besar Perak jika pembangkang menang negeri itu.

Bercakap dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur beliau ada bukti rancangan itu yakni email antaranya dengan calon pembangkang bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebing Tinggi, Dr. Abdul Aziz Bari.

Amran yang juga Timbalan Pengerusi Biro Buruh DAP Pusat merangkap Pemikir Publisiti Pengundi Melayu DAP kata Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang pernah jadi Menteri Besar kerajaan Perak selama 11 bulan dulu bukan lagi sosok yang Parti Amanah Negara (PAN) tonjolkan dan disebabkan itu DAP tidak selesa dan mahu tokoh parti itu ditonjolkan.

Beliau mendakwa rancangan ini mendedahkan pembohongan Lim Kit Siang kononnya DAP tidak akan menuntut kerusi Menteri Besar Perak jika pembangkang menang.

Katanya orang kuat DAP itu kata demikian agar orang Melayu tidak lari dan tidak takut untuk mengundi calon-calon gabungan pembangkang yang guna lambang PKR.

Sebelum ini kalangan pemerhati politik menduga adanya rancangan seumpama itu bila melihat DAP letak Aziz Bari sebagai calon Melayu tunggal bertanding kerusi DUN Perak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana