KHALID SAMAD TAK TAHU MALU – AHMAD DUSUKI

Ahli PAS perlu memastikan penyandang kerusi Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad tumbang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ini kerana adalah sesuatu yang memalukan apabila Abdul Khalid yang menang atas tiket PAS pada PRU-12 dan PRU-13 bertindak keluar parti itu menyertai Parti Amanah Negara (PAN).

Calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik, Ahmad Dusuki Abd Rani turut meminta Khalid bertaubat selepas melakukan pengkhianatan kepada penduduk di Shah Alam.

“Tindakan beliau (Khalid) merupakan tindakan pengkhianatan yang tak boleh dimaafkan sampai hari ini, kecuali beliau meminta ampun dengan Allah serta pengundi yang mengundinya pada PRU lepas.

“Beliau menang sebab sokongan akar umbi serta jentera PAS. Beliau masuk melalui sokongan PAS dan menerima watikah parti untuk bertanding ketika itu.

“Penduduk Shah Alam serta ahli PAS perlu beri pengajaran terhadap orang sebegini,” katanya kepada pemberita di Shah Alam pada Selasa.

Sebelum ini, Khalid yang juga Pengarah Komunikasi PAN secara sinis meminta Ahmad Dusuki melupakan hasrat untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), sebaliknya perlu fokus pada tugas sebagai ustaz selebriti.

Khalid berkata, warga Shah Alam juga mahu beliau terus kekal sebagai ustaz selebriti bukannya sebagai ADUN.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana