Kerjasama PAS dengan BN tidak pelik, kata Hadi

Kerjasama PAS dan BN tidak pelik - Abdul Hadi

KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata adalah 'sesuatu yang tidak pelik' jika PAS bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan campuran pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Bagaimanapun, kata beliau BN perlu memenuhi beberapa syarat sebelum kerjasama itu boleh dilaksanakan.

"Memang tidak pelik jika PAS bekerjasama dengan BN tetapi perlu mengikut syarat kita," katanya kepada pemberita selepas majlis ceramah bersama calon PAS kawasan Parlimen Titiwangsa Mohamad Noor Mohamad, di sini hari ini, lapor Bernama Online.

"Terpulang kepada BN untuk bersetuju atau tidak tetapi kami akan kemukakan syaratnya nanti," katanya.

Abdul Hadi yang juga calon PAS Parlimen Marang bagaimanapun enggan mendedahkan syarat-syarat itu apabila ditanya pemberita.

Beliau berkata langkah untuk menjalin kerjasama itu dizahirkan daripada keyakinan PAS untuk memenangi sekurang-kurangnya 60 atau lebih daripada 160 kerusi yang ditandingi parti tersebut dalam PRU14 ini.

"Kami harap untuk dapat 'simple majority' (majoriti mudah). Kalau dapat lebih, lagi bagus, boleh jadi 'kingmaker' (dalang politik) dan pihak lain boleh dengar syarat kami jika ingin jalin kerjasama," katanya.

Selepas 36 tahun atau lapan penggal, Abdul Hadi melepaskan legasinya di DUN Rhu Rendang dan hanya bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Marang pada PRU14 ini.

Beliau akan ditentang calon BN Mohamad Nor Endot dan tokoh baru Amanah yang akan bertanding menggunakan simbol Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Zarawi Sulong.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana