KELUARGA TAK BAGI MAHATHIR LAWAT PUSARA NIK AZIZ...MADEY BUAT TABIAT APA NI?

KOTA BHARU – Percubaan Tun Dr. Mahathir membuat gimik politik untuk menziarah pusara Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka, di sini tidak kesampaian selepas dihalang ahli keluarga bekas Mursyidul Am Pas itu.

Mahathir berhasrat melawat pusara berkenaan selepas selepas majlis ramah mesra dengan orang ramai di Kok Lanas, di sini.

Namun sebaik tersebar berita lawatan berkenaan ahli keluarga dan sanak-saudara Allahyarham Nik Abdul Aziz terlebih dahulu memenuhi pekarangan Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka.

Antara yang hadir ialah anak ketiga Allahyarham, Nik Adli Nik Abdul Aziz yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sewaktu negara ditadbir Mahathir.

Turut hadir ialah anak saudara Allahyarham, Ahmad Dasuki Abd. Rani. Mereka juga bertindak mengunci pagar pintu masuk ke tanah perkuburan tersebut.

Nik Adli ketika ditemui berkata, keluarga sebenarnya tidak menghalang sesiapa pun datang menziarahi pusara arwah bapanya.

“Cuma kita lihat perkara ini ada kepentingan politik. Jadi kita nak elak berlaku pertembungan dalam keluarga kami. Kalau nak datang ziarah, datanglah selepas PRU-14,” ujarnya ringkas.

Comments

Popular posts from this blog

'Saya Tak Boleh Hidup di Malaysia Jika Hudud Dilaksanakan' - Marina Mahathir

Apa itu GST?? Apa pula SST?Mari Baca Dulu.....

Wajib Baca....8 perkara Lee Kuan Yew akan lakukan jika memerintah Malaysia