"Kalau ingin menang, kena menang atas fakta, bukan fitnah,"

Masuk hari keempat kempen pada Selasa, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak berkempen di tiga Parlimen yang dikuasia pembangkang sebelum ini di Wilayah Persekutuan.

BN mensasarkan untuk merampas semula Lembah Pantai, Bandar Tun Razak dan Wangsa Maju dari tangan pembangkang dalam pilihanraya umum ke 14 ini.

Dalam lawatan ke tiga kawasan tersebut, Najib bertemu dengan jentera BN dan pengundi memberikan semangat kemenangan kepada mereka.

Di Lembah Pantai Najib menyindir penyandang kerusi tersebut Nurul Izzah Anwar kerana 'melarikan diri' untuk bertanding di Parlimen Permatang Pauh, kawasan yang lebih selamat baginya, pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau berkata Naib Presiden PKR itu sepatutnya berdepan dengan calon Barisan Nasional (BN) di kawasan yang dimenanginya pada PRU12 dan PRU13, dan bukannya takut hingga sanggup 'lari' ke Permatang Pauh.

"Saya ingin tanya tuan-tuan...10 tahun ini lebih baik ke tidak? Tidak. Sebab itu, orang itu hilang, di mana dia sekarang? Dia sudah lari.

"Dia sudah angkat punggung lari ke Permatang Pauh. Jauh...kenapa dia tidak ada di sini? Sebab dia takut," katanya ketika berucap pada majlis Gotong Royong dan Santai di Perumahan Pantai Indah Fasa 2, Lembah Pantai.

Turut hadir calon BN bagi kerusi Parlimen Lembah Pantai Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan calon BN Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Mengulas mengenai Lembah Pantai, Najib yang juga Pengerusi BN berkata pengundi kawasan itu perlu bijak membuat pilihan berkaitan wakil rakyat dan pemimpin yang bakal dipilih.

Beliau berkata sesuatu pertandingan termasuk PRU perlu dilangsungkan dalam keadaan dan suasana bersih, bukannya menabur fitnah dan auta demi menarik sokongan pengundi.

"Kalau ingin menang, kena menang atas fakta, bukan fitnah. Atas kebolehan, bukan kebolehan auta. Kebolehan fakta, bukan kebolehan cakap dalam Parlimen, fitnah dalam media sosial. Kena ingat, periuk nasi rakyat perlu dijaga dengan baik.

"Prinsipnya kita kena pilih orang yang boleh menguruskan hidup kita," katanya disambut tepukan gemuruh dan laungan 'Hidup BN'.

Untuk rekod, Raja Nong Chik kalah tipis dalam PRU 13 selepas lawannya Nurul Izzah membuat tuduhan kononnya keluarga bekas Menteri Wilayah tersebut dapat projek ratusan juta ringgit dari kerajaan.

Tuduhan berat tersebut dibuat beberapa hari menjelang pengundian yang menyaksikan BN tewas. Raja Nong Chik kemudian mengambil tindakan saman terhadap Nurul Izzah yang akhirnya mengakui membuat fitnah dan meminta maaf kepada Raja Nong Chik.

Mengenai pemilihan Raja Nong Chik sebagai calon BN di Lembah Pantai, Najib berkata itu merupakan calon yang sesuai bagi menguruskan kawasan itu dengan lebih baik lagi.

"Kawasan Lembah Pantai ini, tiada orang yang lebih layak daripada Raja Nong Chik. Sebab itu saya pilih dia berdasarkan merit. Saya pilih dia bukan kerana sudah kalah dulu hendak bagi peluang tebus kekalahan, "kata beliau.

Ini merupakan kawasan pertama Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dikunjungi Najib hari ini.

Semasa lawatannya itu, perdana menteri turut meluangkan masa mengunjungi beberapa kediaman dan beramah mesra dengan penduduk sekitar, yang turut mengambil peluang untuk berswafoto dengannya.

Kerusi Parlimen Lembah Pantai menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Raja Nong Chik (BN) yang juga Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Bendahari PAS Lembah Pantai Fauzi Abu Bakar (PAS) dan Pengarah Komunikasi PKR Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PKR) .

Pada PRU13, Nurul Izzah menewaskan Raja Nong Chik dengan majoriti 1,847 undi.

Parlimen Lembah Pantai mempunyai 79,908 pengundi berdaftar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana