CUKUP-CUKUPLAH SEBAR FITNAH – AZHARI

Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Shah Alam, Datuk Azhari Shaari menempelak sikap calon Pakatan Harapan (PH) yang mendakwa terdapat pertambahan pengundi hantu di kawasan tersebut.

Beliau menyifatkan dakwaan yang dibuat calon PH bagi DUN Batu Tiga, Rodziah Ismail itu semata-mata bertujuan menimbulkan persepsi negatif terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta sistem pilihan raya di negara ini.

“Cukup-cukulah menfitnah serta mempengaruhi fikiran rakyat kononnya berlaku pertambahan pengundi yang mencurigakan di Parlimen Shah Alam serta DUN Batu Tiga.

“Semua perkara hendak diputar belitkan. Apa kata kita bersaing secara sihat, tidak perlu menjaja cerita lapuk,” katanya kepada Watan Online pada Khamis.

Azhari berkata, Rodziah mungkin berada dalam keadaan terdesak selepas berlaku pelbagai masalah dalaman dalam PKR.

“Kita difahamkan wujudnya dua kem dalam PKR antara Azmin (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) dan Rafizi (Ramli) menyebabkan berlaku pelbagai masalah sehingga menjejaskan kempen calon.

“Selain itu, rakyat di DUN Batu Tiga telah menolak Rodziah yang hanya pandai bercakap serta berjanji, namun gagal menjalankan tugas sebagai wakil rakyat sejak 10 tahun lalu,” katanya.

Sebelum ini, Rodziah ketika menyampaikan ceramah di Seksyen 20 mendakwa pihaknya telah mengesan pertambahan pengundi hantu di kawasan tersebut berbanding jumlah asal seramai 53,000 pengundi.

Rodziah yang juga penyandang kerusi DUN Batu Tga bakal berdepan dengan calon BN, Ahmad Mua’adzam dan Abdul Halim Omar dari PAS.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana